Kunyit merupakan antara bahan yang sering digunakan di dapur untuk memasak. Sama ada kunyit atau daunnya, semuanya digunakan dalam masakan. Kalau nak jimat, lebih baik anda tanam sendiri di rumah. Nak tahu cara yang mudah untuk menanam kunyit menggunakan pasu, jom baca perkongsian oleh Suara Petani ini.

Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak

Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.

Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.

Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.

 

Cara Menyediakan Benih Untuk Disemai

Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.

Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.

 

Medium Tanaman

Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.

IKLAN

Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.

 

Cara Tanam

Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.

 

Pencahayaan

Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.

 

Siraman

Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.

Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.

 

Pembajaan

Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.

 

 

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

Sumber: Suara Petani

 

Artikel menarik yang boleh dibaca:

Tip Jimat Sabun Basuh Pinggan, Hanya Guna Garam. Murah & Berbaloi!

Teknik Tanam Pudina Agar Pokok Lebih Kukuh & Cepat Tumbuh

Petua Pilih Daun Limau Purut Supaya Masakan Tak Pahit

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah: