Resipi bawang putih goreng, kerepek rangup sedap dan crunchy ini bagus membuang angin dalam badan.
Namun, jika salah cara membuat bawang putihnya terlebih garing dan pahit. Sebenarnya, nak goreng bawang putih jadi rangup, cantik dan tak pahit jika kena dengan caranya.
Jom kita buat mengikut cara yang dikongsi Masfaliza Ab Jaafer.
1. Pilih bawang yang besar-besar bagi memudahkan kerja nanti. Leraikan, kemudian rendam dengan air selama 15 minit dan toskan.
2. Kopekkan semua bawang. Kemudian, bawang putih disagat. 3. Bawang yang telah siap disagat, rendam dengan air + garam (6 sudu kecil). Sambil itu, ramas manja-manja untuk buang getah bawang.
4. Rendam selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air paip sebanyak 3 kali dan toskan.
Ads
5. Tuang minyak ke dalam kuali. Sebelum goreng, boleh taburkan sedikit tepung, atau digoreng begitu sahaja. Mana-mana kaedah boleh digunakan, insya-Allah bawang jadi rangup.
6. Gunakan minyak yang banyak dan api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing. 7. Bila bawang dah masak, dia akan timbul begini (macam dalam gambar). Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalam gambar.
8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) dan ikan bilis. 9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
Ads
*TIP nak dapat bawang putih goreng yang cantik:-
1. Masak dengan menggunakan api yang besar. 2. Masa mula letak bawang tu, minyak jangan panas, nanti terus masak layu. 3. Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.
Kalau masih ada lagi baki daging korban yang belum dimasak pada kata buat resipi beef noodle ala Chinese style ini. Cara membuatnya mudah, mi tak perlu digoreng sebaliknya hanya digaul dengan garlic chili oil atau minyak cili bawang putih.
Hidangan beef noodle atau mi daging dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini cukup enak dan boleh dimasak dalam tempoh yang sekejap saja.
Cara buat beef noodle ala Chinese style
1. Sediakan terlebih dahulu garlic chili oil, bahan-bahannya;
Bawang putih cincang
Emping lada kering
Biji bijan
Hirisan daun bawang
Minyak bijan
Garam/gula
Minyak masak yang panas
2. Satukan semua bahan dalam bekas kemudian tuang minyak panas. Kacau sebati, rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Seterusnya sediakan daging perap:
-Cincang daging menjadi kecil
-Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam
-Goreng dalam kuali sehingga air daging kering.
4. Rebus pasta angel hair, untuk lebih guna mi lidi
5. Masukkan mi dalam pinggan, letak daging cincang yang siap dimasak dan masukkan garlic chili oil. Gaul rata dan bolehlah dimakan.
Siapa yang boleh menolak kalau terhidang di depan mata Burger Daging Special dengan Keju Meleleh yang cukup membuka selera. Makan panas-panas memang onz! Nak lagi sedap, masaklah menggunakan Keju Chesdale Burger yang terbaru ini. Selain mudah mencair, keju ni memang tinggi dengan kalsium dan protein. Nak lengkapkan hidangan, minumlah Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry. Memang menyegarkan! Jom cuba.
BURGER DAGING SPECIAL KEJU MELELEH
BAHAN-BAHAN A:
400gram daging kisar
1 biji telur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh parsli kering
1 sudu teh lada sulah
2 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN LAIN:
2-3 biji roti bun – belah tengah
10-12 keping Chesdale Burger
Hirisan daun salad
Hirisan tomato
Sos cili
Mayones
Anchor Unsalted Butter
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A di dalam mangkuk lalu gaul sebati. Bahagikan kepada 3-4 bahagian atau timbang sama rata. Kepalkan campuran daging kemudian leperkan sedikit.
Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak kepingan daging burger di atasnya. Gril daging hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian.
Ambil sekeping Chesdale Burger lalu letak atas daging. Biarkan beberapa minit hingga keju cair sedikit.
Di dalam kuali leper, letak 3-4 keping Chesdale Burger lalu cairkan sepenuhnya. Ketepikan.
Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter di permukaan roti bulat yang telah dibelah. Gril sekejap di dalam kuali leper non stick.
Untuk membuat burger; Letakkan sedikit hirisan salad, hirisan tomato di atas sebelah roti bulat. Kemudian letak kepingan daging burger. Tuang cairan keju Chesdale Burger tadi ke atas daging hingga menyaluti keseluruhan daging. Letak sedikit sos cili dan mayones. Letak sekeping lagi keju Chesdale Burger lalu tutup burger dengan sekeping lagi roti bulat.
Sebagai pelengkap hidangan, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!