Cara Senang Buat Kuih Peneram, Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

Share

Sebut sahaja resipi kuih peneram, terus terbayang kuih bewarna kecoklatan yang digoreng sekejap dalam minyak panas dan sangat lembut.

Kuih peneram, antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan selalu dianggap susah nak buat.

Resipi yang dikongsi Khairunnisa Mohammad ini, sesuai buat yang pertama kali nak mencuba buat sendiri kuih peneram.

 

KUIH PENERAM

BAHAN-BAHAN:

250g tepung beras (saya guna cap gajah 3) – beli online di sini
190g gula merah – beli online di sini
80ml air
80ml santan pekat

CARA MEMASAK:

1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.


3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
4. Perap adunan minimum 5/6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).


6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahanpun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji.


8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.


9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resipi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Ikutlah kehendak masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. Saya tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.

NOTA:

*Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. Tapi ada orang suka kuih ni manis.
*Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff