Cara Senang Buat Kuih Vadai Sedap Rangup.

Share

Korang suka vadai kuih tradisi masyarakat India ini sudah sinonim dengan semua bangsa Malaysia, tidak kira Melayu mahupun Cina. Kuih yang diperbuat dari kacang Dhal enak kalau dihidangkan garing dan rangup. Kalau korang ingin cuba membuat kuih ini buat pertama kalinya, resipi yang RASA kongsikan ini diharapkan boleh membantu kuih vadai yang korang buat menjadi. Selamat mencuba….


vadai.

KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 biji cili hijau | dadu halu
  • 4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
  2. Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
  3. Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
  4. Gaul rata dan sebati,
  5. Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
  6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
  7. Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
  8. Kuih Vadai sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Mohamad Yasin