Cara Senang Buat Puding Biskut Cracker Pernah Viral Ni.

Share

Sebelum ni, mungkin ada dari anda hanya dengar dan rasa akan puding Biskut Cracker ni, apa kata kali ini cuba pulak membuatnya sendiri. Menu dan bahan mudah je, kebetulan pula hujung minggu, anda yang bekerja ada lebih masa di rumah untuk mencubanya. Resipi macam biasa RASA kongsikan di sini.

PUDING BISKUT CRACKERS


BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar2 tali | cuci bersih, rendam 1 jam dan toskan.
5 cawan air
1 cawan gula pasir | boleh kurangkan
Biskut crackers secukupnya
1 tin susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan tepung kastard | bancuh dengan sedikit air
Secubit garam
1 sudu makan milo
1 sudu besar serbuk koko
Pewarna ikut suka

CARA MEMBUAT:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Masukan gula dan kacau hingga gula cair, tambah susu cair dan secubit garam, kecilkan api biarkan ia mendidih sekejap.
  3. Masukkan bancuha tepung kastard dan terus kacau laju untuk elak ia berketul. Asal bercampur sahaja dan tutup api.
  4. Bahagikan adunan agar-agar yang telah masak tadi kepada dua, satu bekas campurkan dengan warna pilihan dan satu bekas lagi campurkan dengan milo dan serbuk koko, kacau sebati.
  5. Basahkan loyang, ambil satu cawan agar-agar berwarna, tuang dalam loyang. Setelah sedikit beku susu biskut dengan segera (susun jarak-jarak sedikit.
  6. Tuangkan agar-agar dengan 1 cawan agara-agar milo campur coklat tadi.
  7. Tuangkan secara berselang seli hingga agar-agar.
  8. Setelah keras, simpan dalam petu sejuk 3-4 jam.
  9. Untuk hidangkan, cungkin bahagian tepi loyang menggunakan pisau plastik dan cuba terbalikkan puding perlahan-lahan.
  10. Potong ikut suka dan hidangkan.

Kredit : zura zul

Published by
webadmin