Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau tiup, potong atau belah dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.