Sandwic antara menu popular untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah. Selain mudah disediakan, ianya menu seimbang dan mengenyangkan.
Kali ini kita buat sandwic 3 tingkat. Tapi, kalau anak tak makan banyak, boleh belah dua dan bekalkan separuh saja. Separuh lagi boleh kita jadikan sarapan untuk ahli keluarga lain.
Kali ini, kita ikuti perkongsian Zurina Zulkefli dalam menyediakan sandwic 3 tingkat yang cukup berkhasiat dan menyelerakan. Seronok betul anak dapat bawa bekal ni ke sekolah.
1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab nak elakkan roti sandwic jadi liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.
2. Goreng lof daging ayam di dalam kuali sehingga masak.
3. Hiriskan timun. Kemudian, lapkan dengan tisu dapur supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun yang telah dikeringkan tadi.
4. Potong lobak merah kepada beberapa bahagian dan hiris menjadi kepingan. Kemudian, hiriskan lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayones dan gaul sebati.
5. Cuci juga daun salad dan keringkan.
CARA PENYEDIAAN SANDWIC:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian, lipat helaian daun salad.
2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
4. Letakkan satu kepingan keju.
5. Letakkan lobak merah yang digaul mayones. Kemudian, tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun Jepun.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang keempat (terakhir).
9. Kemudian, tutup dengan kepingan roti yang keempat (terakhir).
10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwic yang cantik.
Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, Insya-Allah menjadi.
Setiap potongan sandwic mesti dibalut tisu kertas supaya sandwic terletak kemas dan tidak berterabur. Anak nak makan pun mudah pegang dan tak comot!
Bila tiba musim perayaan, Kuih Siput ni memang laris. Dari dulu hinggalah sekarang, kudapan tradisional ni memang menjadi buruan ramai. Nak buat pun mudah je. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba.
KUIH SIPUT RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 paket serbuk kari kecil
1 sudu teh garam
1 kotak kecil santan
1 biji telur
Daun kari
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan uli hingga sebati.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan cubit doh kuih siput tadi.
Gelekkan doh pada acuan kuih siput, masukkan ke dalam minyak panas ebrsama daun kari dan goreng hingga garing.
Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Tapi rasanya memang sedap. Rugi kalau tak cuba.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
400gm kacang tanah
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula
3 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira