
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
- Sabun mandi ( buku)
- Dawai besi

CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.

2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Kredit petua & foto: Dahriah Damsah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Rahsia Perolehi 12 Makanan Ajaib Percuma !

Kenapa perlu membelanjakan kos yang besar atau banyak bagi memenuhi keperluan gaya hidup sihat dengan membeli pelbagai suplimen? Jangan sampai membebankan diri anda, masih ada cara lebih murah dan semulajadi yang boleh membantu anda meneruskan gaya hidup sihat. Hari ini RASA kongsikan rahsia 10 superfood atau makan ajaib yang boleh diperolehi dari dapur rumah anda sendiri.
Hampir kesemua makanan ini ada dalam kebanyakan dapur atau peti sejuk anda semua, Semua makanan ini tinggi kandungan nutrisi dan mempunyai khasiat sangat hebat jika diamalkan makanan ajaib secara seimbang, pasti mampu menurunkan risiko penyakit kronik terutamanya kanser.

TIMUN
Timun sangat baik menjauhi masalah hidrasi kerana kandungan airnya yang tinggi, masa yang sama membantu mengurangan berat badan. Ia juga sumber detox dan agen terbaik mecegah anti penuaan. Kandungan cucubitacins yang tinggi mampu melawan radikal bebas dan menurun masalah keradangan, sakit jantung dan beberapa jenis kanser.

BUNGA KUBIS
Bunga kubis tinggi kandungan antioksidan, kaya Vitamin C dan K serta serat. Malah kandungan glucocinolates di dalamnya membantu melawan kanser dan ia makanan yang rendah kalori.

TELUR
Boleh dikatakan semua rumah ada menyimpan telur, bijaklah memanfaatkannya kerana ia sumber protein dan antioksida yang tinggi. Selain itu, telur juga kaya dengan Omega-3 yang baik untuk fungsi badan normal dan jantung sihat. Sementara kandungan vitamin D membantu mengurangkan risiko tulang rapuh.

BAWANG PUTIH
Bawang putih bertindak sebagai prebiotik dengan menggalakkan mikroorganisma penghadapan yang sihat dalam usus, berkesan menanangi penyakit jantung dan tekanan darah tinggi serta membantu mencegah selesema apabila dimakan selalu.

HALIA
Halia, bahan semulajadi yang membantu masalah angin, loya dan sakit perut. Malah ia turut membanatu melegakan otot yang tegang dan lenguh. Mengurangkan gejala penyakit sendi serta keradangan.

OAT
Makanan kaya dengan serat ini sangat baik membantu proses penghadaman dan menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh. superfood yang murah dan boleh dipelbagaikan cara pengambilannya dengan olahan bermacam menu seperti sebagai campuran dalam minuman, biskut, bubur dan banyak lagi masakan.

BAWANG MERAH
Terkenal dengan kandungan antiokidanya yang membantu melawan penyakit kanser. Ia juga membantu melindungi dan memulihkan sel-sel rosak, meningkatkan kadar kolestrol baik dan merendahkan tekanan darah tinggi.

KELEDEK
Ubi ini kaya dengan Vitamin B6 yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sumber antioksida yang bagus di samping kaya dengan serat. Sementara kandungan beta karoten yang tinggi membantu meningkatkan kadar Vitamin A dalam tubuh.

TAUHU
Makan yang diperbuat dari kacang soya ini memang diketahui kaya protein, zat besi dan kalsium. Malah ia bebas kolestrol dan rendah kalori, maka rasionalnya ia mengurangkan risiko kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung.

TOMATO
Sayuran berwarna merah ini sangat tinggi dengan antioksida lycopene yang mampu melindungi tubuh dari beberapa jenis kanser. Mengandungi Vitamin A,C dan E serta tinggi mineral mangan dan zat besi.

TEMBIKAI
Buah ini tinggi kandungan air dan rendah kalori, sangat baik untuk menjauhi hidrasi, Kaya pula dengan asid amino L-citrulline yang membantu membakar lemak dan bersifat anti penuaan. Ia sama seperti tomato turut mengadnungi lycipene (sejenis antioksida yang melawan kanser).

BERI GOJI
Mengandungi semua jenis asid amino utama yang membantu mengimbangi kadar gula dalam darah dan meningkat sistem imuniasi tubuh.
Cara Simpan Tauge Supaya Boleh Tahan Sampai 1 Minggu.

Nak tauge tahan lama? Simpan Tauge cara ni. Ramai orang suka sayur ni sebab cara masaknya yang ringkas. Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Malah kalau goreng tumis pun dah cukup nikmat. Pun begitu jika tauge di simpan lama dalam peti ais akan membuatkan ia lembik dan tidak lagi rangup di makan. Bagaimana nak buat supaya tauge yang dibeli tahan lama, tidak lembik dan nampak segar? Cuba cara ni. Boleh tahan hingga seminggu tanpa nampak layu dan lebam.
CARA SIMPAN TAUGE AGAR TAHAN LAMA, SEGAR & TIDAK LEBAM

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
- Tauge
- Air bertapis
- Asam gelugur
CARA-CARA:
- Bersihkan tauge dengan melalukan dibawah air. Toskan.
- Masukkan air ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan asam gelugur. Jika tauge sedikit, guna 1 keping sahaja. Jika banyak, boleh guna lebih. Biarkan asam gelugur terendam dalam air selama 5-10 minit.
- Kemudian masukkan tauge tadi. Pastikan air menenggelamkan tauge.
- Simpan bekas berisi tauge di dalam peti sejuk. Hasilnya, tauge kekal segar, tidak lembik dan tidak lebam walau disimpan hampir seminggu.

Selamat mencuba!
Cara Baiki Sink Dapur Tersumbat Dengan Mudah & Cepat

Sink dapur tersumbat? Aduhh… Hilang mood. Sink di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika air mula bertakung, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah. Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Nak cuba? Ikut langkah-langkah ini.
CARA ATASI MASALAH SINKI DAPUR TERSUMBAT

BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam garam kasar
- 1 jug air panas

CARA-CARA:
- Campurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudian siram ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan tiada air dalam sink atau tidak terlalu banyak.
- Jika sumbatan tidak teruk, air akan cepat turun. Jika masih bertakung, ulang 2 kali dan biarkan semalaman. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
- Mahu elak masalah sama dari kembali terjadi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu. Hasilnya sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Selamat mencuba!

