Stok bawang kisar memang perlu sentiasa ada di dalam peti ais sepanjang bulan Ramadan ini. Penting untuk mempercepatkan kerja-kerja memasak untuk berbuka dan sahur.

Tapi biasanya kita tak boleh buat dalam jumlah yang banyak kerana bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.

Tapi Norhidayah Mohd Aripin berkongi cara yang dilakukan bagi memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan pun masih elok segar.

Cara inilah yang dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.

Ads

Tip bahan kisar kekal segar tempoh lama

Cara Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Berbulan-Bulan Pun Elok Segar

 

Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.

Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.

Cara Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Berbulan-Bulan Pun Elok Segar

Ads

Bila nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang mahu digunakan saja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal sedari dalam bahagian beku.

Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masuk bahan kiub, tumis saja macam biasa.

Ads

 

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI