Bawang,  tidak kira bawang besar, merah, Holland mahupun bawang putih, ia adalah keperluan utama dalam kebanyakan perencah dan tumisan masakan dan mesti ada dalam setiap dapur.  Disebabkan ia barang keperluan dapur, pasti ramai yang membelinya dalam jumlah yang banyak. Tapi macama mana  anda menyimpannya supaya tahan lama?

Sebagai info, berikut RASA kongsikan  cara menyimpan bawang  supaya tahan lama, kekal segar dan tidak busuk walaupun disimpan berminggu-minggu.

Cara Simpan Bawang Supaya Tak Busuk Yang Senang.

Ads

Simpan Di Tempat Terbuka & Kering
Pastikan untuk menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering. Bawang yang disimpan di tempat seperti ini akan tahan lama. Elakkan simpan bawang di tempat  basah atau lembab kerana ia boleh menyebabkan bawang cepat busuk dan keluar tunas.

Asingkan Dari Barang Dapur Lain

Pastikan bawang tidak disimpan bersama sayur-sayuran  atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus kerana ini akan menjadikan bawang cepat busuk, rosak dan rasanya juga berubah.
Cara Simpan Bawang Supaya Tak Busuk Yang Senang.

Bawang Sudah Dikupas Simpan Dalam Bekas Bertutup

Ads

Simpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.  Apabila sedia digunakan baru dicuci, dihiris atau dikisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.

Simpan Bawang Kisar Dala Freezer
JIka anda jenis mak-mak yang sibuk dan mahu menjimatkan masa di dapur. Boleh saja simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer tetapi hendaklah ia dimasukkan dalam bekas yang bertutup kemas. Apabila ingin memasak ambil  hanya untuk keperluan, lebihnya simpan semula dalam freezer.

Ads

Senangkan? Semoga tip ini dapat membantu dan selamat mencuba ye…

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI