
Nak tahu cara simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan? Ini caranya. Maklumlah herba ni memang antara ramuan yang penting dalam masakan. Kalau masak Asam Pedas tapi tak ada bunga kantan, memang tak jadi. Namun bunga kantan ni sejenis herba yang tak boleh disimpan lama kerana ia cepat mengecut. Rugi juga kalau beli dalam jumlah yang banyak tapi bila lambat guna, ia menjadi lebam dan tak segar. Namun petua perkongsian dari saudari Haidilah Daud ni anda boleh cuba. Dengan cara ni, bunga katan akan kekal segar walau disimpan berbulan-bulan tanpa berubah bau, warna dan rasa. Memang terbaik. Anda boleh cuba.
PETUA SIMPAN BUNGA KANTAN SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- Bunga kantan
- Bekas berpenutup
CARA-CARA:
1. Leraikan kelopak bunga kantan satu persatu hingga habis. Jangan hiris kerana bunga kantan akan jadi tidak cantik dan kehitaman.
2. Setelah dileraikan, masukkan kelopak bunga kantan tadi ke dalam bekas berpenutup.
3. Simpan di dalam peti sejuk di ruangan sejukbeku. Simpan begitu sahaja dan elakkan isi air.
4. Hasilnya, bunga kantan kekal segar dan tahan hingga 3-4 bulan tanpa berubah warna dan rasa.
Kredit petua & foto: Haidilah Daud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Tip Pilih Tembikai Gerenti Manis & Berjus. Pasti Korang Puas Hati

Tembikai ni ada yang sebut semangka, dan di Kelantan dipanggil Timun Cina. Ada yang bujur ada yang bulan. Tekstur kulit, bentuk dan rupanya semua mempengaruhi kualiti tembikai itu.
Kalau tersalah pilih pastilah korang nyesal pulak. Ni min kongsikan 8 tip atau petua nak pilih tembikai yang masak, banyak jusnya dan manis
1. Ketahui Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. Tembikai yang lonjong tu sedap dibuat jus kerana airnya lebih banyak dari yang bulat. Manakala yang bulat biasanya dimakan begitu sahaja
2. Tompokan Kuning
Tompokan atau kawasan kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3. Tompokan Jaringan Lebah
Telitikan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah – labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.
4. Perhatikan Ukuran dan Beratnya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk pengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
5. Tengok Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.
6. Rasa tekstur permukaan kulitnya.

Jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.
7. Tepuk-tepuk

Tepuk jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Dah tahu cara pilih jom semak apa khasiatnya pada tubuh badan kita.
KHASIAT TEMBIKAI (sumber Hello Doktor)
1. Kandungan Air Yang Tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Sistem Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Cara Simpan Sayur-Sayuran Supaya Segar Walau Dah Beli Lebih Dari Seminggu.

Inilah cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini paling mudah dan bagus.
Setiap kali ke pasar, pastinya geram melihat aneka sayur-sayuran segar yang dijual. Memang ralit memilih. Begitu juga jika pergi ke Cameron Highland. Sayur-sayuran antara yang wajib diborong. Namun bila dah banyak ni, macam mana pula nak pastikan ia boleh kekal segar dalam jangka masa yang lama? Petua dan panduan perkongsian Azlin Safena Azihar ini boleh anda cuba.
1. CARA SIMPAN SAYUR SUPAYA TAHAN LAMA
LANGKAH 1: Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, anda boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.
Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
LANGKAH 2: Campur kan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.
tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
LANGKAH 3: Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
LANGKAH 4: Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
2. SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT
Untuk lengkuas dan serai, boleh simpan dalam balang yang diisi air. Caranya:
i. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau.
ii. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup.
iii. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
3. DAUN SUP
Untuk daun sup, simpan dalam botol air je. Boleh juga guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Letak kat peti sejuk tau. Cara ini boleh bertahan sampai sebulan.
4. BAWANG
Jangan simpan bawang bersama ubi kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
5. TOMATO
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
6. UBI KENTANG
Ubi kentang tak elok kena matahari secara terus sebab ia akan cepat rosak.Jadi untuk menyimpannya, letakkan di tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau. Tak percaya? Cubalah.
7. CILI
Sebelum simpan cili merah dan cili hijau dalam peti ais, cabut tangkainya terlebih dahulu. Ini kerana tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi lepas patahkan tangkai, bungkus cili dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.
Kalau Kak Feena nak guna cili, Kak Feena akan ambil beberapa batang je yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Mudah, Jimat. Ini Cara Buat Pizza Homemade Guna Roti Sandwic
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini 5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Degil, Senang & Korang Boleh Cuba.

Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA:
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato:
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis:
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.