Jika beli daun kari dalam kuantiti yang banyak atau ada jiran memberinya bertangkai-tangkai cara menyimpannya kenalah betul. Jika tidak daun ini akan cepat rosak. Dah tentu rugi sebab jumlahnya banyak.
Biasanya kita akan simpan dalam freezer, tapi selain itu ada kaedah lain yang boleh dilakukan. Malah cara yang dikongsi oleh Emma Zam
membolehkan daun ini tahan berbulan-bulan dan baunya kekal sama.Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari yang banyak dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal sama.
Tip ekstra
Sumber: Emma Zam