Makan

Cara Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi. Aroma & Rasa Kekal Sama

Share

Musim durian ini mungkin ada yang membeli dalam jumlah yang banyak tapi tak mampu menghabiskannya ataupun memang ada dusun dan buah durian luruh banyak, boleh praktikkan cara simpan durian tahan lama yang dikongsi Nor Tipah Zakaria

Cara simpan durian ini membolehkan buah durian kekal elok hingga masuk musim durian yang baru. Jadi kita boleh menikmatinya pada bila-bila masa saja. Selain itu rasa dan aromanya juga tetap sama.

Cara simpan durian tahan lama

  1. Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.

2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.

3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.

Cara ini lebih mudah untuk kita menikmatinya, ambil beberapa ulas yang mahu dimakan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.

Durian yang dibalut begini tidak akan buat peti ais berbau. Paling penting ia tahan lama, masih kekal elok walaupun setahun disimpan.

Sumber: Nor Tipah Zakaria

 

Published by
Rose