Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Ads
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
Ads
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
Ads
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Tak lama lagi raya Qurban, siaplah menu daging selama sebulan. Jika kamu suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut tahap kolestrol naik mendadak, ini caranya untuk mengawal dan mencegah dari termakan lemak daging dalam jumlah yang banyak.
Bagi peminat sup memang sedapkan menghirup sup ketika suam-suam dan nak pula kalau cuaca masa tu sejuk lebih lah sedapnya menghirup kuah sup. Namun disebalik sup yang sedap dan nyaman tu sebenarnya mesti kita ada perasaan risau juga berapa banyak lemak yang telah kita telan?
Sebenarnya memang pelik kalau kita masak sup tulang terutamanya jika ianya tidak berlemak. Sup tulang mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Terdapat beberapa cara berbeza untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Cara terbaik akan bergantung pada berbagai faktor, termasuk jumlah waktu yang anda miliki dan peralatan yang ada.
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Sendok harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
LANGKAH-LANGKAH:
Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut. Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darahanda nanti.
Penyediaan bahan-bahan yang telah kisar ini sangat membantu ibu-ibu dan wanita berkerja. Ia memudahkan ibu-ibu memasak tanpa duduk berjam didapur, cuba 4 resipi pes ini untuk memudahkan kerja memasak kamu!
PES PUTIH
Sesuai untuk Sup, Goreng capcai, Mi goreng, semur, Ikan stim.
BAHAN-BAHAN:
250 gm bawang merah
100 gm bawang putih
50 gm buah keras
3 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam. Biar seketika, angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES MERAH
Sesuai untuk nasi goreng, sambal goreng,balado,ayam dan ikan goreng sambal, Shellout, Ayam sambal. Masak Asam Tumis, Asam Pedas, Kari, ikan dan ayam bakar.
BAHAN-BAHAN:
500 gm cili merah
150 gm bawang merah
100 gm bawang putih
100 gm tomato
50 gm gula merah
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng |untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus. Kecuali gula merah
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan gul merah. Tumis sebentar kemudian sejukkan
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES KUNING
Sesuai untuk buat soto, acar, pepes, gulai lemak
BAHAN-BAHAN:
100 gm buah keras
150 gm bawang putih
300 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gmr lengkuas
2 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES OREN
Sesuai untuk ayam goreng, gulai, lodeh, rendang
BAHAN-BAHAN:
200 gm Cili merah
2.5 sudu makan ketumbar
300 gm bawang merah
150 gm bawang putih
100 gm buah keras
25 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gm lengkuas
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar
100 ml minyak goreng | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak lagi seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.