Santan kotak saiz besar biasanya lebh murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya ada lebihan. Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, jika tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan yang dikongsi oleh saudari Nelisa Sofea ni.
PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Santan kotak
Plastik aiskrim
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan santan ke dalam plastik aiskrim ikut sukatan untuk sekali pakai bila masak. Santan jenama ini pekat, jadi bungkus sedikit-sedikit pun sudah cukup jika masak dalam kuantiti sedikit.
2. Bila sudah masukkan santan ke dalam plastrik aiskrim, ikat plastik dan terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam peti sejuk beku (freezer). Letak dekat peti bawah sahaja.
3. Bila nak digunakan untuk masak, ambil dan gunakan dalam masakan seperti biasa.
4. Pastikan anda meletakkan label tarikh luput pada plastik santan untuk rujukan jangka hayatnya.
Kredit resipi & foto: Nelisa Sofea
Nak cuba pelbagai jenis masakan yang mudah, lazat dan menambat selera keluarga? Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official