Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
IKLAN
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
IKLAN
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna. BArulah tak segan sangat nak hidang buat tetamu masa raya nanti.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun.
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
2. Rendam Dengan Air Biasa.
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali. Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut. Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
5. Tambah Garam, Gula. Jangan Biar Tawar .
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
6. Api Jangan Besar Sangat!
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
Pertama:
Apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Kedua:
Bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga:
Jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Sebut je limau, ia ada pelbagai jenis. Namun hanya ada tiga jenis limau yang sering digunakan dalam masakan untuk tujuan aroma dan rasa masakan. Ia adalah limau nipis, purut dan kasturi. . Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini, baca tip berikut:-
Fizikal Dan Tekstur:
Sekali pandang tiga limau, purut, nipis dan kasturi hampir sama, ia berwarna hijau. Tetapi limau purut dan kasturi bewarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis hijau muda atau hijau kekuningan. Dari segi saiz, limau kasturi paling kecil, limau purut dan nipis hampir sama saiznya dan tekstur kulitnya limau purut bergerutu berbeza dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.
Jumlah Air Dan Warna Airnya
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan limau nipis kasturi hijau kekuningan. Bila diperah jumlah airnya juga berbeza, Limau kasturi paling banyak, diikuti limau nipis dan limau purut paling sikit airnya.
Fungsi Dalam Masakan.
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau kasturi lebih masam berbading limau nipis dan purut. Sebab itu limau kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal cili atau rasa sambal kacang segar. Sementara limau nipis dan purut digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman. dicampurkan
Diharapkan dengan info ini anda bukan hanya kenal jenis-jenis limau yang sering digunakan dalam masakan Melayu.