Cara Simpan Sayur Siap Potong Supaya Tahan Lama & Tak Layu.

Share

Kebanyakan daripada suri rumah lebih cenderung membeli bahan memasak untuk stok seminggu sekali. Adakalanya untuk lebih menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah sayur tidak tahan lama dan mudah layu jika tidak disimpan dengan baik. Cara simpan sayur siap potong ni pasti membantu anda. menjaga kesegaran sayur ini mungkin pilihan terbaik untuk anda cuba.

 

CARA SIMPAN LEBIHAN SAYUR POTONG SUPAYA TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:

  • Sayur
  • Plastik pembungkus jernih/ziplock atau plastik aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
  • Tisu

CARA-CARA:

1. Ambil tisu dapur dan masukkan ke dalam plastik. Guna 2-3 keping.

2. Kemudian masukkan lebihan potongan sayur. Sebaiknya, simpan ikut jenis agar tidak bercampur. Jika guna plastik aluminium terpakai, lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu dan alas dengan tisu kering sebelum memasukkan sayur.

3. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur  lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya. Tetapi jika lebihan sayur sudah dibasuh, keringkan sahaja lebihan airnya.

4. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik dan buang udara dari dalam paket. Kemudian zip atau lipat kemas.

5. Simpan dalam peti sejuk di ruangan sayuran. Hasilnya, sayur yang dipotong boleh bertahan hingga 1 minggu tanpa layu.

Published by
Nur