Nak tahu cara simpan serai, halia, lengkuas dan kunyit yang terbaik agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah bahan-bahan ini sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
PETUA SIMPAN KUNYIT, HALIA, LENGKUAS & SERAI AGAR TAHAN LAMA.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Serai
Lengkuas
Kunyit
Halia
Bekas berpenutup
Air bersih
CARA-CARA: 1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
Ads
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
5.Guna Minyak Panas
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Setiap hari, kita pasti akan mencuci pinggan sekurang-kurangnya tiga kali menggunakan cecair basuh pinggan. Semakin kerap kita membasuh pinggan, sabun pencuci pinggan pun akan cepat habis. Sebenarnya, ada satu tip untuk untuk menjimatkan sabun pencuci pinggan kita.
Jika sebelum ini hanya mampu bertahan selama seminggu, kini ia boleh bertahan selama sebulan. Tipnya hanya guna garam. Sabun jadi lebih banyak, buih pun banyak. Seronok rasa nak membasuh pinggan. Jom kita baca perkongsian oleh Rufina Abdul Raof ini.
TIP JIMAT SABUN BASUH PINGGAN
1. Tuang 1/4 Sunlight ke dalam botol kosong.
2. Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3. Selepas air garam tadi larut, tambah air biasa dan tuang air garam ke dalam botol tadi sehingga 3/4 botol.
4. Goncangkan. Siap!
Menurut wanita ini, memang seronok basuh pinggan. Letak sedikit sahaja sabun pun buih sudah banyak. Pinggan pun bersinar. Memang jimat. Cubalah sendiri di rumah ya!
Jika anda sedang mencari SERBUK KOPI, boleh klik DISINI.
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.