Buat kamu yang gemar minum nescafe dan inginkan rasa yang lebih sedap kena cuba resipi ni. Pemuda ini kongsi resipi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal oleh  lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbuck.

Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

 

INILAH RAHSIANYA

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

1. Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

Ads

2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

3. Susu manis 1 setengah sudu hinggan 2 sudu kecil

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

4. Campurkan dan kacau sekali

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

Ads

6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!

Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.

Ads

Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.

*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.

 

Sumber: Viral Oh Viral

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI