Cara tajamkan gunting dapur yang dah tumpul. Jangan terus beli baru pulak.
Gunting dapur bila dah lama guna biasanya akan jadi tumpul. Nak potong ikan, ayam dan sayur jadi lambat kerja.
Selalunya kita akan ambil tindakan beli saja gunting baru walau sebenarnya cara untuk tajamkan kembali gunting ini mudah sangat.
Cara tajamkan semula gunting dapur
1. Guna kertas pasir
Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali.,kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.
2. Botol kaca
Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau gunting pada bahagian kaca.
Ads
Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.
Ads
3. Guna aluminium foil
Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.
Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.
Cara penjagaan gunting
Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.
Ads
Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamannya
Minyak masak terpakai bekas gorengan ikan, ayam dan sebagainya ada yang akan menyimpannya dalam botol dan menjualnya kembali. Tapi ada juga yang tak berapa rajin, terus bungkus dan buang dalam tong sampah.
Selain buat perkara di atas, sebenarnya minyak masak terpakai ini masih berguna. Terutama jika ada menanam pokok buah-buahan di sekitar rumah.
Mungkin ramai tak tahu minyak masak terpakai ini adalah baja terbaik untuk menggalakkan pokok berbuah lebat.
Dipraktikkan oleh Kak Chah kata wanita ini, ia memang menjadi. Pokok mangga yang diletakkan minyak masak terpakai ini cukup lebat berbuah hingga patah dahan.
Ujar beliau, kaedah ini diperoleh hasil bacaan satu artikel dari luar negara dan dipraktikkan. Beliau turut berkongsi caranya.
Tuang minyak masak terpakai petua supaya pokok berbuah lebat
– Sediakan minyak terpakai bekas gorengan ikan, ikan bilis, ayam dan sebagainya.
– Tuang pada sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Penggunaan minyak masak terpakai hanya sedikit, satu senduk masak saja.
– Buat sebulan 3 atau 4 kali, bukan tiap tiap hari. Tuang minyak jauh dari batang bukan curah pada pangkal pokok.
– Petua ini hanya dipraktikkan untuk pokok yang ditanam atas tanah bukan dalam pasu.
– Boleh juga lakukan pada pokok buah-buahan selain mangga.
Hebat sungguh khasiat kacang walnut ni. Walnut mengandungi anti oksidan dua kali lebih banyak daripada jenis kacang lain. Anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E .
Kredit foto : hamiast.com
Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit. Jom semak apa lagi manfaat kesihatan yang terdapat pada walnut…
1. Memelihara Jantung Selain kaya antioksidan, walnut juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Sengenggam walnut boleh mengelakkan daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koroner.
Krediti foto : medicalnewstoday.com
2. Mengurangkan keradangan Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan pertahanan badan Anti oksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanserr, dan penyakit saraf.
4. Membuat kulit sihat bermaya
Kredit foto : instructables.com
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengunci kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang boleh menyihatkan kulit dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Ia juga digunakan dalam bahan aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan Wanita hamil disyorkan memakan walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral Walnut mengandung banyak memerulkan mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. Mineral ini juga baik untuk untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit Walnut juga baik untuk sistem penghadaman dan boleh untuk mengatasi masalah konstipasi atau sembelit.. Memakan walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lainnya akan menjauhkan anda daripada sembelit.
8. Mencantikkan rambut Walnut adalah makanan berkhasiat untuk rambut sihat, ia kaya dengan biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut rontok atau patah.
9. Makanan Diet
Kredit foto : delishknowledge,com
Sedang berdiet? Anda disyorkan menambahkan walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini memiliki kolesterol rendah. Namun ingatwalnut juga tinggi kalori yang tidak boleh dimakan terus menerus atau berlebihan. Pastikan hanya menambahkan sekitar 1.5 auns pada menu diet .
Dah tahu khasiatnya jom kita buat pie berasaskan inti walnut seperti yang dikongsikan resipinya: allrecipes.com
ENGLISH WALNUT PIE
Kredit foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
¼ sudu teh garam
¾ cawan gula halus
2 sudu teh ekstrak vanilla
¾ cawan sirap jagung
1 cawan walnut cincang
¼ cawan mentega
23 sm kulit pie
Bahan kulit pie: (saiz besar, 23 sm)
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ye)
4 sudu besar air ais sejuk
CARA MEMASAK : Cara buat kulit pie : 1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung. 2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehingaga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk 3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Resipi kulit pie :www. enyabdullah.com
Cara memasak inti : 1. Panaskan oven suhu 205 darjah celcius 2. Pukul telur dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam vanilla dan sirap jagung hingga sebati. 3. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau. 4. Masukkan walnut dan kacau 5. Tuangkan inti ke dalam kulit pie 6. Bakar selama 10 minit, kemudian kurangkan ke suhu 150 darjah Celcius. 7. Teruskan membakar selama 35 min hingga 45 minit.
Nak pakai sikit tapi dah dibungkus kuantiti banyak jadi terpaksa beli juga. Ini masalah biasa bila menggunakan daun bawang dan juga daun sup dalam masakan. Sudahnya lebihan jadi lembik dan buruk bila tak disimpan cara yang betul.
Bagi memastikan lebihan daun bawang dan daun sup ini tidak membazir dan merugikan boleh gunakan cara yang dipraktikkan oleh Zanariah Zain ini. Kaedah ini katanya membolehkan daun-daun ini tahan lama hingga berbulan-bulan.
1. Basuh daun sup dan daun bawang yang mahu disimpan. Toskan.
2. Kemudian hiris siap-siap daun ini.
3. Tuang sedikit minyak masak lalu gaulkan dengan daun bawang atau daun sup hingga rata.
4. Masukkan dalam bawang yang siap digaul ini ke dalam bekas atau ziplock dan simpan dalam freezer.
5. Fungsi minyak tadi adalah untuk memastikan ia hirisan daun tadi tidak melekat antara atu sama lain dan memudahkan kita mengambilnya dalam kuantiti yang diingini.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.