Ubi kentang jika dibeli dan tidak digunakan, akan bertunas dan menjadi kecut. Nak letak dalam masakan pun rasa macam tak segar. Tapi jangan buang tau ubi kentang yang dibeli jika jadi begini. Anda boleh tanam. Tanaman ubi kentang ini tidak memerlukan tanah yang luas. Jika anda nak cuba tanam kentang, guna je pasu bunga. Sebaiknya tanam dalam pasu yang tinggi. Bila naik anak pokok atau pucuk baru, barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit. Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dah boleh tuai hasilnya. Memang seronok dapat tuai hasil dari kebun sendiri. Nak cuba tanam ubi kentang? Saudari Zienie-G-nie ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!

Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya

 

CARA TANAM UBI KENTANG DALAM PASU

BAHAN-BAHAN:

  • Ubi kentang
  • Pasu
  • Tanah
  • Lidi

CARA MENANAM:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( Puan Zienie-G-nie guna 4 biji kentang dibelah dua).

2. Bila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.

IKLAN

3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.

4. Siram pokok sehari sekali. Puan Zienie-G-nie tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.

INFO TAMBAHAN:

1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah bila daun bawah mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.

2. Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.

3. Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.

4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.

5. Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.

 

Kredit petua & foto: Zienie-G-nie

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA TANAMAN LAIN:

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Kesum Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Teknik Tanam Pudina Agar Pokok Lebih Kukuh & Cepat Tumbuh

Inilah Cara Tanam Daun Sup Dan Ketumbar Dari Akar Betul-Betul Tumbuh Elok.

Tip Tanam Cili Yang Cantik, Hanya Guna Uncang Teh