Bila sebut tentang keju dan kek keju mesti teringkat kartun Tom & Jerry. Kartun legend ini amat digemari di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri?

Kredit foto: Cartoon Network

Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.

Kredit foto: Cartoon Network

Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa.

IKLAN

Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.

Kredit foto: Cartoon Network

Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!

IKLAN

Kredit foto: Cartoon Network

Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever

Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!

IKLAN

 

Jom cuba resipi Jerry’s No-Bake Cheese Cake!