Untitled design - 2021-05-07T095144.173

Bila dah PKP ni , masa terluang pun ada . Jadi boleh kita buat biskut raya sementara nak menanti berbuka. Jom kita buat Biskut Casablanca Delight dan Suji Kristal.Biskut ni gerenti ramai yang suka. Boleh cuba buat nanti.

Casablanca Delight Cookies & Biskut Suji Kristal Lengkapi Hari Raya
Casablanca Delight Cookies & Biskut Suji Kristal Lengkapi Hari Raya

Casablanca Delight Cookies
Bahan A:
130gm mentega
20gm shortening
70gm gula kastor

Bahan B:
30gm nestum diramas
30gm oat – panggang dan kisar
30gm serbuk badam
20gm bijan hitam

Bahan C:
150gm tepung gandum
25gm tepung jagung
10gm tepung beras

IKLAN

Cara memasak:
1.Sebatikan bahan A
2.Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau/ uli
3.Kemudian masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh
4.Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah dan hijau
5.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing-masing)

Casablanca Delight Cookies & Biskut Suji Kristal Lengkapi Hari Raya

Casablanca Delight Cookies & Biskut Suji Kristal Lengkapi Hari Raya

IKLAN

Biskut Suji Kristal
Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum disangai
3/4 cawan gula halus
1 tin kecil minyak sapi / sis guna minyak sapi sayuran
Sedikit serbuk almond /tak letak pun tak apa

Cara memasak:
1.Gaul gula dan tepung hingga sebati dan masukkan minyak sapi sikit-sikit hingga jadi doh.
2.Bahagikan kepada tiga bahagian dan letak pewarna yang disukai.
3.Gentel kecil-kecil
4. Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Dah sejuk salut dengan gula.
Kredit:Yatiyati

Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

IKLAN

Biskut Keju Super Rangup & Sedap, Sekali Rasa Tak Cukup.

Florentine Cornflakes Super Rangup, Senang & Boleh Cuba.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI