Cekodok bilis bulat ni comel je kan? Ada cara macam mana nak bentukkan ia bulat macam tu. Selalu kita tengok cekodok macam-macam ‘rupa’.
Cekodok bilis yang dikongsikan oleh Ahma Razali ini comel je bentuknya. Kalau cicah dengan kari sardin, rangup di luar, lembut di dalam, memang best. Atau sos tomato/cili pun okay jugak lah.
Jom kita tengok bahan-bahannya dan bagaimana nak bentukkan ia supaya jadi bulat comel macam dalam gambar tu.
Ikuti perkongsian resipi daripada Akma Razali
4-5 sudu makan tepung gandum – untuk bancuhan pertama
Tepung gandum secukupnya
Sedikit garam
Air biasa
Sedikit air panas menggelegak
2-3 sudu makan Ikan bilis – boleh beli online di sini
Daun kucai – racik halus
Minyak masak – boleh beli online di sini
Pertama, ambil sedikit air panas menggelegak, curah ke dalam tepung gandum tadi perlahan-lahan. Kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. Kacau sebati.
Ia akan menjadi umpama tekstur nestum baby segera yang dibancuh).
Masukkan garam dan waktu ini bancuhan tepung itu suam-suam dan garam mudah larut.
Untuk buat bancuhan tepung, curah tepung gandum selebihnya mengikut banyak mana kita nak buat cekodok. Gaul sebati.
Setelah itu, masukkan daun kucai yang diracik halus. Kucai ini akan memberikan bau yang wangi pada cekodok nanti.
Masukkan pula sedikit ikan bilis dan gaul sebati.
Tambah air biasa. Kacau lagi adunan tepung, tak pekat sangat dan tak terlalu cair. Asalnya boleh menjadi doh yang dijemput sebab nak jadikan ia bentuk bulat-bulat.
Bentukkan seperti dalam gambar, guna ibu jari untuk tolak doh masuk dalam kuali nanti.
Tapi kalau nak sudukan adunan ke dalam kuali pun boleh. Terpulang pada diri masing-masing.
Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput-jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan). Boleh goreng lebih garing jika suka.
Ni rupa lepas belah,berongga tanpa letak yis. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap. Kulitnya pun rangup.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official