Cekodok Labu Sedap Tak Serap Minyak, Lembut Sampai Malam.

Share

Sedapnya Cekodok

Labu perkongsian saudari Zurila Ghani ni. Nampak sangat menyelerakan. Menurut empunya resipi lagi, cekodok ni memang lembut. Kalau buat pagi sampai ke malam masih lagi best. Jom cuba. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.

CARA BUAT CEKODOK LABU SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 potong labu
  • 2-3 sudu makan santan
  • Air secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya
  • Susu pekat manis secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.

2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.

3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.

4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.

5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.

6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurila Ghani

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur