Bulat kecil, bula besar, bulat semua… Kenapa comel sangat kejadiannya ni, terliur rasanyakan. Selalunya benda-benda yang bulat ni akan nampak comel di mata .. Jika berkunjung di Thailand, anda mesti akan melihat sejenis kuih berbentuk bulat-bulat ini, peluang seperti itu jangan sesekali dilepaskan kerana ia wajib cuba.
Kuih Bebola Keledek Manis memang sedap!. Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal. Jika anda melawat ke pasar malam di Cameron Highlands anda akan menjumpai cekodok ini. Rasanya yang sedap dimakan semasa panas-panas, memang terbaik! Pasti ramai yang tak sabar nak buat kan. Jom buat!
Ads
BEBOLA KELEDEK MANIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan keledek oren – (rebus, lenyek baru sukat)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sdt baking powder
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
Satukan kesemua bahan
Uli sehingga jadi doh
Bulat-bulatkan
Goreng sehingga masak dan kuning keemasan
Angkat dan hidangkan ketika panas. Siap!
* Jika suka kenyal lebihkan tepung pulut.
Ads
*Sesuai di hidangkan bersama kopi panas ketika sarapan pagi atau minum petang.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah jeruk bawang, memang sedap tak terkata. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni boleh dicuba. Tak sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Inti tebal, penuh daging. Tida ubi kentang dan tidak menggunkan serbuk kari. Memang best! Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING & JERUK BAWANG SEDAP
KUAH JERUK BAWANG
BAHAN-BAHAN:
2 bawang merah besar India sebesar bola pingpong (pilih warna ungu terang)
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
200ml cuka
1.Untuk buat Kuah Jeruk Bawang, kupas bawang dan hiris nipis-nipis. Guna bawang yang berwarna ungu terang supaya warnanya turun pada kuah.
2.Campur semua bahan dan biarkan.
3. Untuk inti, masukkan minyak masak, marjerin dan minyak sapi ke dalam kuali.
4. Bila sudah cair, masukkan rempah 4 sekawan ( kayu manis, cengkih ,bunga lawang buah pelaga ). Tumis bagi naik bau.
5.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak dan keluarkan 4 sekawan dari kuali.
6. Masukkan rempah kurma, garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak.
7. Bila sudah pecah minyak minyak, masukkan daging cincang, perasa, gula dan garam.
8. Bila daging dah masak, baru masukkan potongan bawang. Masak sampai bawang ½ masak.
9. Inti dah siap. Keluarkan lebihan minyak dan letak dalam mangkuk berasingan.
10. Pecahkan 1 biji telur saiz A. Pukul dan masukkan 3 sudu makan membukit inti daging.
11. Letak lebihan minyak tadi bersama sedikit minyak sapi atas pemangang.
12. Tuang inti. Jika suka boleh guna acuan 4 segi. Hasilnya akan cantik dan tebal 1 inci. Bila inti masak, angkat.
13. Ambil puff pastri, sapu sedikit minyak dan canai hingga nipis sehingga ianya hampir sekali ganda membesar dari yang sedia ada.
14. Letak inti atas kulit pastri tadi. Lipat kemas. Masa katas pemanggang yang disapu minyak sapi dan lebihan minyak inti guna api kecil.
15. Masak guna api kecil sederhana selama 4 minit, terbalikkan. Masak lagi selama 4 minit terbalikkan dan sambung masak lagi selama 4 minit. Siap!
16. Murtabak Daging sedap sedia dihidang bersama Kuah Jeruk Bawang.
Sarapan adalah amat penting untuk memberi tenaga pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Jadi tiada alasan untuk kita tidak mengambil sarapan dengan resipi yang sangat mudah ini.
ROTI TELUR BEREMPAH ALA ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN :
*2 biji telur
*1/2 bj bawang holland
*Daun bawang
*1/2 biji cili merah/capsicum
*1 sudu kecil rempah kari daging
*1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
*Sedikit garam
6 keping roti (terpulang jenis roti yang hendak digunakan)
Mayonis
Sos cili
Sayuran: timun, salad, tomato, coleslaw atau sebagainya.
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati.
Sapukan sedikit minyak pada kuali.
Tuangkan sedikit campuran telur tadi dan letakkan sekeping roti ke atas telur. Goreng seketika dan terus angkat.
Kemudian boleh letakkan mayonis dan sos cili. Serta letakkan sayuran pilhan anda.