Tidak mahu selesa dengan keadaan sekeliling, balu kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Hidayah meniaga cempedak goreng. Sangat positif dengan situasinya sebagai ibu tunggal, Hidayah bukan sahaja menjual cempedak goreng tapi melalui instagram, dia turut menjual pelbagai manisan termasuklah bubur jagung.

Gerai di bawah pokok itu kelihatan meriah apatah lagi turut ada gerai buah-buahan yang diusahakan oleh ayahnya. Ada durian, nangka, rambutan, dokong dan juga cempedak.

Kalau nak singgah, korang kena cari Klinik Appu kerana gerai ini terletak di hadapan klinik tersebut. Boleh juga tengok video yang Hidayah muat naik di IGTV instagram beliau.

 

Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang Dia suka. Yang paling penting, mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah berkahnya.

Terima kasih semua support dan beli mempedak goreng dan produk lain keluaran Dayah. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku, Syed Umar Mokthar.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Yang mana berjalan-jalan ke Sabak Bernam, mai la singgah datang beli cempedak goreng yang Dayah jual. Lokasi Sabak Bernam, Selangor. Landmark bawah pokok berdekatan Appu Klinik Sabak Bernam.

IKLAN

Sedap nampak!

Sedap makan panas-panas, kan? RM2 untuk 4 biji.

TOLONG AYAH NIAGA BUAH

Melalui instagram juga, Hidayah ada memaklumkan yang ayahnya ada menjual buah.

Hai warga Sabak Bernam, Sungai Besar. Hari ni abah Dayah lelong buah durian kahwin, D24, IOI. Kaw kaw turun Harga Runtuh📢📢📢
Harga RM25 turun harga jadi RM20.
Harga RM20 turun RM16
Harga RM16 turun RM12
Durian siap bukak RM25 sahaja 1 bekas, nangka madu, durian longgok pun ada, limited. Mari serbu lokasi pekan Sabak Bernam bawah pokok, berdekatan Appu Klinik.

Gerai buah milik ayah Hidayah.

Murah kan?

 

Kredit: Instagram Hidayah Abam

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7