Cencaluk Goreng Menu Pembuka Selera, Memang Kecur Liur Dibuatnya

Share

Biasa makan cencaluk, letak cili padi dan perah asam limau. Nak lagi power kita buat cencaluk goreng ikut resipi ni Sesuai sangat nak simpan stok untuk bulan puasa nanti.Makan ni memang payah nak berhenti, pembuka selera. Kepedasannya juga ikut cita rasa masing-masing.Boleh dijadikan pes nasi goreng atau sayur juga, memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Menurut Norislinah Mahfar

resipi ini adalah dari sahabat mak dari Filipina.

CENCALUK GORENG

Bahan-bahan:
Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)-dihiris
Lada hidup merah/hijau -dihiris
1 labu bawang putih-dihiris
3-4 biji bawang besar-dihiris
3 sudu besar cuka makan
2 botol cencaluk
2-3 sudu besar gula

Cara membuat:


1.Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.

2.Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.

3.Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.

4.Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.


5.Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.

Kredit utk Hazelyn Navarro & Norislinah Mahfar

Published by
Putri