Cencaru Bakar memang sinonim dengan belah belakang sumbat dengan sambal atau samhal kelapa. Tak kisah cara mana anda masak, ia tetap sedap. Kalau korang pencinta ikan bakar, cuba buat sendiri di rumah. Resipi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal ni memang sedap dan mudah untuk menyediakannya.
CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan Cencaru saiz sederhana
BAHAN SAMBAL:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan
5 sudu makan cili kering yang telah dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Hirisan daun bawang, tomato potong dadu dan hirisan bawang besar.
CARA MEMBUAT:
- Belacan, bawang merah, bawang putih dan cili padi dikisar kasar dalam blander.
- Panaskan 2 sudu makan minyak, tumis bahan yang dikisar kasar tadi.
- Kemudian masukkan cili kering, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan, air asam, garam gula dan perasa secukupnya.
- Tutup api dan tambah ke dalamnya hirisan bawang besar, tomato dan daun bawang.
- Sumbat sambal ke dalam ikan, kemudian bakar hingga masak.
- Ikan Cencaru bakar sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berselera Makan Nasi Ulam & Nasi Bunga Telang Di Waktu Berbuka
Bulan puasa selera pun lain macam juga. Sedap kalau dapat makan nasi ulam. Memang berkhasiat kerana segala jenis daun daun herba digaul bersama untuk menghasilkan nasi ulam. Dapat pula makan dengan sayur keladi memang padu rasa.
Untuk yang mengidam nasi ulam ni kenalah rajin sikit untuk dapatkan daun daun herba ini. Buat sendiri lagi puas makan.
Nasi Ulam Bukit Gasing
(Utk 3-4 orang makan)
Bahan-bahan:
Daun Kemangi
Daun Kaduk
Daun Kunyit
Daun Selum
Daun Pegaga
2 batang serai
Pucuk Gajus
Ulam Raja
5 ulas bawang merah
Bunga kantan (1 batang)
4 biji cili siam (hijau)
2 biji cili merah besar
*semua bahan di atas dipotong halus
*jumlah ulam dan jenis ulam yang hendak digunakan terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2 sudu kerisik
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 ekor isi ikan yang dibakar dan ditumbuk (letak garam, jenis ikan terpulang ikut kesukaan)
3 sudu makan udang kering (disangai dan ditumbuk)
4 sudu makan ikan bilis (disangai dan ditumbuk)
3 biji limau kasturi / 1 biji limau nipis
Cara membuat:
Gaul semua bahan dan perah limau.
Nasi Bunga Telang
5 cawan nasi yang dimasak bersama bunga Telang
Gaul semua bahan ulam dan isi ikan bersama nasi bunga Telang.
Hidang bersama lauk sama ada Ikan Bakar, Gulai Lemak Ikan Masin, Telur Asin dan sebagainya.
Kredit: Rosli Mohd Nordin
Tip Mudah Masak Paru Goreng Garing. Sedap Tak Liat & Tak Hanyir.
Nampak macam mudah untuk menyediakan paru goreng tapi kalau tak kena pada gayanya, mulalah rasa tak sedap, terasa liat dan berbau hanyir. Cikgu Afy kongsikan tip dan teknik yang betul kalau nak dapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.
Ini rupa paru yang telah dibersihkan.
TIP HILANGKAN HANYIR PARU:
1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.
2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.
Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.
Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.
TIP UNTUK GORENG PARU GARING:
Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.
Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi.
Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
Gunakan api sederhana perlahan.
Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap
Siap untuk paru yang garing!
Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap
Kredit resipi: Afy AL Habibi
10 Aneka Biskut Berasaskan Keju. Memang Sedap Lemak Manis!
Sudah sibuk mencari barang persediaan membuat kuih dan biskut. Inginkan kelainan daripada segi rasa, mungkin anda boleh mencuba resipi biskut raya berasaskan keju ini. Jika pandai mengolah, biskut akan menjadi lemak dan sedap. Pasti ramai yang akan menggemarinya di hari raya nanti.
1. PARMESAN PINEAPPLE TART
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 100gm mentega
- 100gm marjerin
- 50gm krim keju
- 60gm gula ising
- 1 biji kuning telur
- Esen vanila
- 50gm tepung jagung diayak bersama
- 330gm tepung gandum
BAHAN B:
- Jem nenas secukupnya
BAHAN HIASAN:
- 3 biji kuning telur
- Keju cheddar diparut memanjang
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, marjerin, krim keju dan gula hingga kembang. Masukkan telur serta esen vanila dan pukul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung – diuli sebati.
- Ambil sedikit adunan. Dibulat dan dileperkan.
- Isikan jem nenas, dikepalkan dan dibulatkan semula adunan tadi.
- Sapukan dengan kuning telur dan tabur keju cheddar di atasnya.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit atau hingga kekuningan.
- Angkat, sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Parutan keju cheddar di atasnya menambah kesedapan biskut.
Saiz hidangan : 80 keping
2. BISKUT KEJU SARANG SEMUT
BAHAN –BAHAN:
- 200gm mentega
- 100gm krim keju
- 125gm gula ising
- 150gm tepung gandum
- 300gm tepung kastard
- 70gm keju cheddar diparut
HIASAN:
- Coklat rice untuk tabur
- Cawan kertas
CARA MEMASAK:
- pukul mentega, krim keju dan gula hingga kembang.Masukkan tepung gandum dan tepung kastard. Gaul rata. Sejukkan adunan di dalam peti ais selama setengah jam. Kemudian parutkan adunan tadi bersama keju cheddar.
- Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan campuran adunan dan parutan keju ke dalam cawan kertas. Hiaskan dengan coklat rice.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 160C selama 30 minit .
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga hiaskan dengan ceri merah untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 140 biji
3. BISKUT KEJU CORNFLAKE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung superfine
- 100gm tepung jagung
- 150gm gula ising
- 125gm mentega buttercup
- 125gm krim keju
- 150gm cornflakes (diramas kasar)
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula ising dan krim keju hingga sebati.
- Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
- Sudukan adunan ke atas conflakes dan kepal-kepalkan ia mengikut saiz yang dikehendaki.
- Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau masak.
INFO CHEF : Boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas jika mahu.
Saiz hidangan : 80 keping
4. SAMPRIT DAHLIA CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 100gm krim keju
- 130gm gula ising
- 200gm tepung jagung
- 140gm tepung kastard
- 180gm tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 2 sudu makan susu pekat
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Bunga hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, krim keju dan gula hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
- Masukkan semua jenis tepung yang telah diayak bersama dan kacau hingga menjadi doh.
- Rehatkan adunan selama kira-kira 30 minit.
- Kemudian gunakan acuan semprit dan hiaskan dengan bunga.
- Bakar selama 30 minit dengan suhu 160C.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga hias dengan ceri merah dan hijau.
Saiz hidangan : 180 keping
5. OREO CHEESE BALL
BAHAN-BAHAN:
- 137gm/1 paket oreo
- 100gm krim keju
- 200gm milk chocolate compound
BAHAN HIASAN:
- Nestum yang mencukupi
CARA MEMASAK:
- Asingkan fillingoreo dan kisarnya hingga biskut oreo hancur.
- Campurkan semula oreo hancur berkenaan dengan fillingoreo dan krim keju.
- Gaul semua bahan hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
- Bulatkan doh mengikut kesesuaian.
- Keraskan di dalam peti sejuk seketika .
- Sementara itu cairkan coklat menggunakan teknik double boil.
- Kemudian celup bebola oreo yang disejukkan tadi dengan coklat cair
- Gaulkan dengan nestum.
- Sejukkan semula. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF: Ia tidak perlu dibakar.
Saiz hidangan : 40 biji
6. BISKUT KEJU LEMON
BAHAN A:
- 70gm mentega
- 30gm krim keju
- 70gm gula ising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh pes lemon
BAHAN B:
- 100gm tepung gandum
- 40gm tepung kastard
- 40gm tepung jagung diayak bersama
- 20gm serbuk keju
- 2 sudu teh susu pekat
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur
- Biji kuaci secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan pes lemon. Pukul sebati.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati hingga menjadi doh.
- Canaikan doh dan terap dengan acuan.
- Sapu dengan kuning telur dan hiaskan dengan biji kuaci.
- Bakar pada suhu 160ºC selama 30 minit.
INFO CHEF: kuning telur membuatkan permukaan biskut tapak berkilat dan cantik.
Saiz hidangan : 70 keping
7. BISKUT KRIM KEJU CHOKLAT HATI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 125gm krim keju
- 100gm gula halus
- 275gm tepung gandum
- 350gm tepung jagung
- 25gm susu tepung
- 1 2 biji kuning telur
- 1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
- 125gm keju Cheddar diparut
- 150gm coklat masakan – dicairkan menggunakan double boil
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula, masukkan telur kuning dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan krim keju dan pukul sebati. - Masukkan tepung susu, tepung jagung dan tepung gandum.
- Uli sampai sebati.
- Terap dengan acuan berbentuk hati.
- Tabur keju yang telah diparut di atasnya.
Bakar di dalam oven pada suhu 160C selama 30 minit. - Setelah sejuk, celupkan separuh biskut dengan coklat masakan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga tabur sedikit coklat urai di atasnya jika mahu.
Saiz hidangan : 140 keping
8. BANGKIT KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 220gm mentega
- 200gm gula ising
- 50gm shorterning
- 1 biji telur
- 100gm serbuk badam
- 50gm keju cheddar diparut
- 300gm tepung sagu
- 300gm tepung ubi
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula ising dan shorteninghingga kembang.
- Masukkan telur dan susu cair dipukul sebati.
- Kemudian masukan serbuk badam, keju parut dan tepung gandum. Adun hingga menjadi doh. Canai dan terap menjadi bentuk bunga.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 160C selama 30 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga gunakan bentuk acuan lain jika mahu.
Saiz hidangan : 250 keping
9. BISKUT CHEEZY TIRAMISU CRUNCH
BAHAN A:
- 200gm mentega
- 50gm krim keju
- 50gm minyak sapi
- 100gm gula perang
BAHAN B:
- 50gm tepung jagung
- 50gm cornflakes – dimesin
- 1 sudu teh Nescafe
- 40gm keju cheddar diparut
- 300gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
- 2 biji kuning telur
- Gajus secukupnya
- Keju Cheddar diparut
CARA MEMASAK:
- Putar mentega, krim keju, minyak sapi dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan kesemua bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat.
- Canai dan terap.
- Sapukan kuning telur, letakkan biji gajus dan taburkan parutan keju di atasnya.
- Bakar di dalam oven menggunakan suhu 150C selama 30 minit.
INFO CHEF: Parutan keju cheddar di atasnya juga menambah aroma pada biskut.
Saiz hidangan : 120 keping
10. CREAM CHEESE CHOC CHIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 100gm cawan mentega
- 20gm shorterning
- 55gm krim keju
- 140gm gula perang
- 40gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 170gm tepung naik sendiri
- 100gm tepung gandum
- 10gm tepung jagung
- 1 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu kecil garam
- 350 cawan cip coklat
- 100gm keju cheddar diparut
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda, garam dan adun hingga menjadi doh.
- Masukkan cip coklat dan keju parut. Gaul adunan dengan menggunakan spatula.
- Sudukan adunan sedikit demi sedikit ke dalam dulang pembakar.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama 30 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Agak mudah dibuat.
Saiz hidangan : 100 keping
RESIPI: TERIMA KASIH NORSUHAIDA SIRON DAN NORSUHAIZA SIRON, BATU CAVES SELANGOR.