Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah. Makan dengan nasi panas, memang dah tak payah lauk lain dah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Jom semak resipi ikan cencaru sumbat kelapa yang gerenti enak ni dari Puan June Ahmad. Katanya, ” Dah sumbat inti penuh-penuh tak payah nak lilit benang berbagai, curah aje telor kat sepanjang inti, kat pipi ikan sekali. Bila goreng inti tak keluar.”
CENCARU SUMBAT KELAPA @ NYOK
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ikan | saiz sederhana besar
8 sudu besar kelapa parut putih -beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
.
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.
7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Sedapnya Nuget AyamTempura homemade perkongsian saudari Noor Liyana ni. Malah bila buat sendiri ni, khasiatnya tentulah lebih berbanding nuget sejukbekuyang dibeli di pasaraya. Kini, anda boleh hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga. Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.
NUGET AYAM TEMPURA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
700gm isi dada ayam | potong kecil
2 biji telur
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
Serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu makan tepung ubi kayu
Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nuget tadi dari loyang.
5. Potong kek nuget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nuget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Haa… sekarang tak payah tunggu orang jual, boleh masak sendiri kat rumah! Kali ni kami kongsikan resipi lengkap kuah kicap, pes cili dan cara-cara masak Char Kuay Teow homemade yang padu, hasil perkongsian saudari Azrina Surono. Memang berbaloi cuba—senang, bersih, diyakini halal dan rasa dia pun tak kalah dengan kedai. Buat sekali, boleh simpan lama. Jom try resipi ni, gerenti puas hati.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Ketandusan idea nak masak menu apa untuk tengah hari, boleh fikirkan menu yang simple dan gerenti disukai ramai. Bahagian isi ayam yang kurang laku boleh saja masak menu ayam masak halia. Letakkan cendawan, lada kering dan daun bawang memberi aroma yang menyelerakan pada masakan ini. Cubalah nanti.
AYAM HALIA
Bahan-bahan: Ayam – perlu digoreng sekejap. Jangan terlalu garing. Saya guna air fryer. 160 darjah selama 20 minit.
Bawang merah
Bawang putih
Halia – kena banyak sikit sebab perlu dikisar dan dihiris.
Cendawan shitake kering,lada kering dan daun bawang. Cendawan perlu direndam dahulu, tapi saya rebus sekejap supaya kembang. Cara memasak: 1 Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram.
3.Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul hingga mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.
4.Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. 5.Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api. Kredit: Fie Safiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...