Ikan cencaru harganya tidaklah terlalu mahal. Ikan ini selalu jadi pilihan di kedai-kedai ikan bakar. Ikan cencaru adalah antara ikan yang sedap kalau dimasak sumbat dengan cita rasa pedas. Kalau dibakar pun sedap dimakan dengan air asam. Tapi kali ni RASA nak kongsikan cara masak ikan cencaru yang disumbat dan kemudian digoreng.
CENCARU SUMBAT PEDAS
BAHAN-BAHAN
• 4 ekor ikan cencaru
• 20 biji cili merah dan hijau
• 1 labu bawang besar
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 labu bawang besar (dihiris bulat)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan.
2. Kisar cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan. Jangan hancur sangat.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru. Biarkan selama 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan. Ini supaya ikan tidak hancur.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Aishah Toke Kek dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Lauk Special Sempena Chinese New Year, Sedap Makan Ramai-Ramai!
Cuti-cuti sempena Tahun Baru Cina ni, apa kata sajikan masakan istimewa untuk tetamu dan keluarga ala-ala chinese. Sedikit kelainan dalam masakan boleh menambat hati sesipa sahaja yang menjamunya.
Dalam masakan China, mengukus ikan adalah cara terbaik untuk mempamerkan kesegaran ikan. Hidangan klasik dan popular, ikan kukus gaya Kanton ini adalah cara yang cepat dan lazat untuk menyediakan apa-apa jenis ikan seluruhnya yang berwarna putih atau fillet.
Ia adalah hidangan yang mesti dimiliki oleh banyak keluarga semasa Tahun Baru Cina sebagai ikan (余, yu) yang menandakan banyaknya dan makmur dalam budaya Cina. Cuba juga pelbagai resipi menarik yang Rasa kongsikan..
IKAN KUKUS CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
- 1 ikan segar atau ikan fillet (kira-kira 500 g)
- 2 inci halia – hiris menjadi kepingan nipis
- 2 tangkai daun bawang – dihiris menjadi 3 inci panjang
- 2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan Sos:
- 2 sudu besar sudu kecap ringan
- 1 sudu minyak bijan
- 3 sudu air
Hiasan:
- 2 batang daun bawang – dihiris menjadi 3 inci panjang
- 2 inci halia
- ½ cili merah (pilihan)
Cara-cara:
- Bersihkan ikan (Gut dan skala. Dapatkan seorang tukang ikan untuk melakukannya untuk menjimatkan masa)Basuh ikan dan pat kering dengan tuala kertas. Buat celah di bawah ikan dan barang-barang pada musim bunga dan potong halia ke dalam rongga ikan. Langkau ini jika menggunakan fillet.
- Letakkan ikan di atas pinggan. Tuangkan wain shaoxing ke atas ikan dan sisihkan semasa anda menyediakan sisa ramuan.
- Sediakan bahan-bahan sos dalam mangkuk dan sisihkan.
- Isi kuali atau kuali yang besar sehingga kira-kira ⅓ penuh.
- Tempatkan trivet tahan panas di tengah. Bawa air ke mendidih. Setelah mendidih, letakkan piring ikan dengan teliti di atas trivet. Tutup dan stim selama kira-kira 9 – 10 minit (bergantung kepada saiz ikan). Ikan dimasak dengan betul jika ia boleh meratakan dengan mudah tanpa melekat pada tulang. Tetapkan pemasa untuk mengelakkan terlalu banyak.
- Sebaik sahaja ikan sudah siap, matikan api dan keluarkan pinggan dari kuali. Berhati-hati membuang air ikan. Gunakan penyepit untuk mengeluarkan bawang halia dan musim bunga yang digunakan. Lay cili dan garnishes (kecuali daun ketumbar) di atas ikan.
- Dalam periuk yang lebih kecil, panaskan minyak masak sehingga sangat panas. Tuangkannya ke atas ikan. Anda sepatutnya dapat mendengar suara yang mendesis. Letakkan periuk di atas dapur dan panaskan bahan-bahan sos. Ia harus gelembung segera apabila periuk sangat panas. Tuangkan sos ke atas ikan. Letakkan daun ketumbar yang lain di garnishing dan berkhidmat dengan serta-merta.
Nota Memasak: Jika anda merancang untuk memindahkan ikan kukus ke piring hidangan yang lain selepas memasak, letakkan beberapa daun bawang pada plat mengukus sebelum meletakkan ikan di atasnya. Ini adalah untuk menghalang kulit ikan dari melekat pada pinggan apabila anda mengangkatnya.
Kongsi resipi: Yvonne Oh
AYAM KAM HEONG
- 4 ketul peha ayam / 300gm isi ayam
- (dipotong kecil)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu besar serbuk kari
- 8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
- 3 ulas bawang putih(ditumbuk)
- 8 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 1/2 biji cili bengala (optional)
- Garam dan Gula secukup rasa
- Cuci ayam & toskan. Gaulkan sedikit garam & tepung jagung.Kemudian digoreng hingga masak tapi jangan garing sangat. Diangkat dan biarkan seketika.
- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan cili bengala & bawang besar
- Kacau rata.Jika rasa sudah ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..
AYAM KUNG PAO
- 400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
- 8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 inci halia (dihiris halus)
- 3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
- 1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
- Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
Beberapa helai daun sup (dihiris)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
- 1/4 cawan stok ayam
- 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Garam dan gula secukup rasa
- Ayam dibersihkan dan toskan. Dalam satu mangkuk masukkan bahan perapan dan ayam. Perapkan selama 30 minit.
- Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.
- Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak 70%. Angkat ayam dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama. Minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit minyak dan tambahkan minyak bijan.
- Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering.
- Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang gajus.
- Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit.
- Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.
TAUHU TELUR DAN CENDAWAN
Bahan-bahan:
- 2 tiub tauhu telur (dipotong bulat dengan ketebalan 1/2 inci)
- 1 cawan cendawan shiitake (dihiris halus)
- 100grm isi ayam kisar (cik kuali guna jenama ramly)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 inci halia (dihiris halus)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1/2 sudu besar kicap pekat
- 100ml air
- 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Sedikit serbuk lada sulah & serbuk lada hitam
- Sedikit gula
- Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
Cara-cara:
- Goreng tauhu telur hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Biarkan seketika.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan isi ayam kisar. Kacau rata.
- Setelah isi ayam sedikit garing. Masukkan cendawan shiitake, sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan gula.
- Kemuadian tambahkan sedikit air. Kacau rata semua bahan. Masukkan tauhu telur.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Rasa dan jika ok, padamkan api. Taburkan daun bawang. Sedap dimakan panas-panas.
TAUHU SOS PLUM
- 3 keping tauhu putih (dipotong 6 setiap keping)
- 2 biji cili merah
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar sos plum
- 1 sudu besar air
- 1/4 sudu kecil gula
- Garam secukup rasa
- Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
Cara-cara:
- Panaskan kuali dengan minyak & goreng sekejap tauhu tapi jangan sampai garing sangat. Angkat dan ketepikan
- Kisar tanpa air cili merah, bawang putih & bawang merah hingga halus (atau boleh juga ditumbuk halus mengunakan lesung batu)
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing dan tambahkan gula dan garam.
- Masukkan sos plum dan air. Kacau hingga masak semua nya.
- Kemudian masukkan tauhu dan gaul hingga sebati.
- Rasa dan jika ok padamkan api. Taburkan daun bawang dan hidangkan.
Kongsi resipi: Kuali Hangus
Resipi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Kacang Buncis
Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Kacang Buncis ni memang sedap. Lauk serba ringkas tapi bila padanannya kena, lauk yang ringkas bertukar menjadi enak dan mewah. Malah tidak perlu masak banyak menu, satu hidangan ini sahaja sudah lengkap. Ada protein dan sayurnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Anda pasti sukakan rasanya.
ENAKNYA MASAK LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG CAMPUR KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung segar
1 genggam cili api
1 sudu makan serbuk kunyit – lebih sedap guna kunyit hidup – beli online disini
4-5 keping asam gelugur – beli online disini
1 cawan air
1 kotak kecil santan – boleh guna 1 biji santan segar – beli online disini
1 mangkuk kacang buncis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat.
2. Masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam kuali @ periuk. Masukkan bahan-bahan tumbuk.
3. Tambahkan juga asam gelugur ke dalam kuali.
4. Masukkan air. Buka api dan gaul semua bahan perlahan-lahan hingga sebati. Renehkan seketika.
5. Bila ikan kelihatan sedikit kecut, masukkan santan. Lebih sedap jika menggunakan santan segar yang diperah. Kepekatannya ikut suka sama ada pekat atau cair.
6. Seterusnya masukkan hirisan kacang buncis dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya
7. Masak hingga ikan masak sempurna dan kacang buncis juga lembut.
8. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suriani Mohd
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Masak Pulut Pagi Yang Lembut & Tak Berkerak. Begini Cara Buatnya.
Cara Buat Sos Siakap Mangga Paling Sedap & Mudah Secara Homemade
Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je
Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Lain Masak Siakap Yang Mudah Tapi Sedap
Ikan siakap adalah antara ikan yang sedap rasanya. Selain masak stim dan tiga rasa, ikan siakap juga sedap kalau dimasak pedas. Ringkas saja nak buat siakap masak pedas. Tapi jangan lupa letak daun limau purut untuk bangkitkan cita rasanya. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Resipi Oleh Ct Suratman dari Telegram KakiMakan