Belum ada idea nak masak apa hari ni? Boleh cuba resipi Cendawan Goreng Telur. Sangat mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya serta tidak menggunakan banyak bahan. Anak-anak pun pasti suka. Masaklah apa sahaja menu menggunakan telur, pasti berselera si kecil anda. Malah bagi orang dewasa, menu yang ‘simple’ begini juga lebih memberikan rasa puas bila dinikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Zahrah Mohd Fakhri ni. Pasti berselera makan.
Anda yang sukakan petai, masak apa pun tetap berselera makan. Buat sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.
TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!