Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.

Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat
foto : www.mygrocer.my

Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat

Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.

Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.

Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.

IKLAN

1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM

Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
  • 200 gm brokoli

Bahan sos:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar /dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
  • Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang

Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15

IKLAN

INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.

2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg dada ayam
  • 50 gm serbuk lada hitam
  • 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
  • 30 ml kicap manis
  • 10 gm serbuk kunyit

Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia

CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.

IKLAN

Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.

2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI

Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Sihat dengan 3 Resepi Cendawan Ini Yang Mudah dan Lazat

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
  • 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50 gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 sm halia | dihiris
  • 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI