Cendol Lemak Manis Lembut Di Tekak

Share

Panas panas begini nikmatnya dapat makan cendol. Selain itu korang boleh juga menjadikan cendol sebagai lepat. Lemak dan manis , lembut jer rasa di tekak.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung hon kwee
1 cawan gula
5 setengah cawan santan
Sedikit garam

*1 paket kecil cendol (toskan airnya) dan asingkan dlm bekas

Cara memasak:

Satukan semua bahan kecuali cendol dlm periuk dan masak atas api …masak guna api kecil sahaja..kacau sesekali utk mengelakkn bergumpal..kacau sehingga likat dn pekat sedikit dn masukkan cendol..kacau perlahan2 sekejap dan matikan api..msukkan adunan dlm daun pisang..dah siapp😉

😉

# daun pisang sediakn terlebih dahulu..

credit : Leen Farlena‎
#mahn

Published by
Putri