Siapa yang tak suka makan cendol. Lagi lah masa cuaca panas ni. Memang menyegarkan. Tapi cendol yang Min nak kenalkan nih , rasanya sungguh enak dan lain dari kebiasaan. Ramuan Cendol Songkok Tinggi adalah perahan daun pandan asli, terjaminlah wangi dan sedap.
Kelibat petugas gerai gazebo cendol bersongkok tinggi menjadi ‘trademark’ di sini. Bersongkok tinggi serta tampil segak berbaju Melayu atau berkemeja petak dengan tag nama mencipta identitinya tersendiri.
Inilah ‘trademark ‘ yang ditetapkan oleh pemilik gerai Hj Daud Othman. Gerai gazebo yang redup dan nyaman ini pula dimiliki oleh anaknya Ahmad Dani Daud.
Hj Daud Othman (no 2 dari kanan)Dani Daud (ditengah)
Diasaskan oleh Hj Daud pada awal Februari 2010, Cendol Songkok Tinggi telah memulakan operasi di Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun lepas ia membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Ads
Menariknya ia berkonsepkan bisnes komuniti di mana tenaga pekerja memproses cendol hinggalah kepada pembekal santan, gula enau, gula melaka kacang merah dan lain-lain terdiri daripada penduduk Kg Jiboi Baru.
kongsi rezeki dengan penduduk Kg Jiboi Baru
Cendok Songkok Tinggi ini mempunyai rasa yang asli istimewa berbanding cendol biasa. Cendolnya mempunyai teksur, warna dan bau harum yang tersendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus organik tanpa menggunakan baha pengawet mahu pun pewarna tiruan. Ramuannya pula sangat istimewa dan alami.
Hasil cendolnya menggunakan ekstrak daun pandan asli sebagai pewangi. Jus daun pandan serani pula dicampur sebagai pewarna.Kemudian campuran ini digaul dan dimasak pula menggunakan empat jenis tepung iaitu tepung gandum, beras, ubi dan jagung.
Ads
Rasa manis yang enak lemak terhasil dari penggunaan campuran empat jenis gula di mana gula enau sebagai bahan asas dan dicampur dengan gula merah, gula tebu dan Melaka
Pada tahun lepas Cendol Songkok Tinggi membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Ads
Menu cendolnya terdiri cendol kacang, jagung, pulut dan biasa yang hanya berharga RM 2 semangkuk. Cendol ‘special’ iaitu campuran kacang, pulut dan jagung berharga cuma RM 3 sahaja. Nasi lemak dan kuih lopes juga ada dijual.
Di samping cendol ia turut memperkenalkan masakan Johor seperti Laksa Johor, Mi Rebus Johor dan jemput-jemput ala Johor. Setiap satu berharga RM 5 kecuali set jemput-jemput dengan kuah asam pedas tetel hanya berharga RM 4 sahaja.
INFO KEDAI: Pemilik : Hj Daud Othman dan Ahmad Dani Daud Alamat : Gazebo Songkok Tinggi, 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan , Negeri Sembilan Waktu operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Isnin 3.00 hingga 4.00 petang rehat solat Wajib cuba : Cendol special, cendol jagung, kacang dan pulut. Mi rebus Johor, Laksa Johor, Nasi Lemak, Kuih Lopes Johor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang masih mencari destinasi apa kata kita menjamu selera di kafe ala kampung. Pintu masuk utama beratap nipah dan anak tangga rumah tradisional Melaka adalah dekorasi luar pertama mengalukan kedatangan pelanggan atau tetamu ke kafe 20 Laman Cafe ini.
Apa lagi dengan pilihan sajian tradisional Negeri Sembilan dan masakan Melayu serta pelbagai jenis ulaman sungguh membuka selera sesiapa yang bertandang ke sini.
Terletak di lot hujung rumah teres di Taman Desa Damai, Bangi, kafe ala dekorasi rumah kampung ini adalah milik pasangan suami isteri Hajah Bariyah Abdul Aziz , 52 tahun dan suaminya Haji Rosli Mohd Dewa, 60 tahun.
Konsep hiasan adalah dekorasi laman yang nyaman dan sejuk bagaikan berada di laman kampung tradisional Melayu. Mereka suami isteri memang gemar menanam dan pencinta pokok hiasan laman. Atap nipah yang menjadi bumbung perkarangan tempat makan sengaja dipilih kerana ia memberikan teduhan yang sejuk buat pelanggan.
Gabungan pepohon hijau , atap rumbia dan dekorasi kolam memberikan suasana yang segar dan sejuk mata memandang. Di dalam kolam ikan juga terdapat ikan talapia, koi dan ikan air tawar. Jadi bunyi kocakan air dari ikan di kolam juga mencetus kedamaian.
Lebih menarik lagi adalah koleksi pinggan mangkuk dan set cawan lama warisan nenek dan keluarga mereka turut mengindahkan lagi rak bufet makanan. Pinggan mangkuk dengan corak kangkung tergantung indah menjadi hiasan tiang di laman ini.
Di antara ‘signature’ dish’ yang paling popular sudah pastilah Masak Lemak Cili Padi Ikan Salai dan Daging Salai. Hjh Bariyah dan suami menyalai itik, ayam dan ikan keli sendiri demi memastikan bahan asas lemak cili padi ini terjamin kualitinya dan ketulenan serta kelazatan menu istimewa ini terpelihara.
Di samping lauk masak cili padi yang disediakan setiap hari ,terdapat lebih sepuluh jenis masakan Melayu lain. Dari masa ke semasa 20 Laman Cafe turut menambah resipi sajian Melayu di sini. Sajian Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin Pahang juga mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan.
Pelbagai jenis sambal bersama ulam-ulaman kegemaran seperti kacang botol, ulam raja, daun tenggek burung yang kadangkala sukar didapati di pasaraya kini boleh didapati di sini.
Sempena puasa kafe ini menerima tempahan minima 20 orang untuk berbuka di sini. Jika anda ingin datang bersama keluarga dan rakan taulan, memang sesuai sangat di sini. Di bulan biasa kafe dibuka Isnin hingga Jumaat, dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Alamat : 20 LAMAN CAFE Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor
Sempena bulan Ramadan ini pelbagai tempat mengadakan bufet Ramadan dalam suasana norma baru. Tidak ketinggalan OKAD Event Space turut mengadakan bufet Ramadan bertemakan “Citarasa Kampung Pemikat Selera”.
OKAD Event Space merupakan ‘one stop centre; bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti perkahwinan, seminar, ulangtahun , majlis harijadi dan pelbagai lagi.
Ini merupakan tahun pertama OKAD Event Space mengadakan prebiu bufet Ramadan serta majlis berbuka puasa khas untuk rakan-rakan media, keluarga OKAD dan para pelanggan terpilih. Juadah istimewa dan lazat dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini bermula 18 April 2021 hingga 09 Mei 2021.
Terdapat lebih kurang 50 menu bufet Ramadan yang disediakan sepanjang Ramadan ini yang menampilkan menu Citarasa Kampung yang lazat. Konsep stall dengan nama yang unik dan pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.
“ Nasi Serai Cik Bunga , Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill ’ merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di sini. Suasana dewan yang serba menawan dengan dekorasi ala-ala dalam taman pasti mengundang keselesaan buat pengunjung.
Selain itu , OKAD turut mengeluarkan Produk RTE ( Ready to eat ) di bawah jenama BONDA MANIS dan LABRETTA. BONDA MANIS mengeluarkan produk seperti :-
Pineapple Passion Tart, Dahlialicious , Doublenuts Florentine , Kuih Loyang , Dodol 3 Dara , Serunding Kg Laut dan Kuih Tiram .
Boleh layari IG : bomdamanishq LABRETTA pula mengeluarkan kambing perap perisa seperti :-
Original , Herbal Shower , Flaming Paprika dan Cinnamon Sweetheart.
Boleh layari IG : labrettahq , FB : Labretta
Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie meraikan rakan korporat, warga kerja dan anak-anak
yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis ini 35 orang anak yatim berusia antara empat hingga enam tahun itu dari Rumah
Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang telah menerima sumbangan ikhlas dan buku
pendidikan serta buku aktiviti dari Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie dan Datuk Aznil Haji
Nawawi. Selain Datuk Aznil Haji Nawawi, antara yang hadir memeriahkan majlis adalah Shiha
Zikir, Qody, Pasha, Nizam Laksamana, Ezlyn, Kay Khydir, Zaim, Lana Nordin dan beberapa lagi
artis di bawah pentadbiran Musik-Musik.
Dalam pada masa yang sama, pihak hotel mengadakan Bufet yang bertemakan
‘Citarasa Desa’ bersama 200 sajian disertakan beberapa ‘stall’ berkonsepkan masakan
tradisional, bazar ramadan, dan suasana kampung ini pasti memeriahkan lagi ramadan nanti.
Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing
Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar
Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk,
Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.
Kali ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah membawa Chef Professional iaitu Othman
Abu Baker, yang telah berkhidmat di dalam bidang masakan hampir 30 tahun untuk menjadi
ketua masakan bagi Ramadan kali ini. Selain itu, hotel juga telah membuat resepi baru
untuk menarik pelanggan menjamu selera. Antara tarikan berbuka dengan kami ialah
mendapat parking percuma, WiFi, tempat permainan kanak-kanak, Surau, live band, badut,
pertunjukan masakan dan pelbagai lagi.
HARGA CITA RASA DESA BUFET, KITES RESTAURANT
TARIKH NORMAL
6 Mei 2019 – 4 Jun 2019
TARIKH EARLY BIRD
SEKARANG– 30 April 2019
WAKTU OPERASI
6.30 PM – 10.30 PM
HARGA NORMAL
Dewasa RM 148 nett
Kanak-kanak RM 75 nett
Warga emas RM 99
HARGA EARLY BIRD
Dewasa RM 118 nett
Kanak-kanak RM 48 nett
(6 – 12 tahun)
Warga emas RM 88
(55 tahun ke atas)