Cendol Songkok Tinggi Bukan Sembarangan, Estraknya Dari Daun Pandan Asli

Share

Siapa yang tak suka makan cendol. Lagi lah masa cuaca panas ni. Memang menyegarkan. Tapi cendol yang Min nak kenalkan nih , rasanya sungguh enak dan lain dari kebiasaan. Ramuan Cendol Songkok Tinggi adalah perahan daun pandan asli, terjaminlah wangi dan sedap.

Kelibat petugas gerai gazebo cendol bersongkok tinggi menjadi ‘trademark’ di sini. Bersongkok tinggi serta tampil segak berbaju Melayu atau berkemeja petak dengan tag nama mencipta identitinya tersendiri.

Inilah ‘trademark ‘ yang ditetapkan oleh pemilik gerai Hj Daud Othman. Gerai gazebo yang redup dan nyaman ini pula dimiliki oleh anaknya Ahmad Dani Daud.

Hj Daud Othman (no 2 dari kanan)
Dani Daud (ditengah)

Diasaskan oleh Hj Daud pada awal Februari 2010, Cendol Songkok Tinggi telah memulakan operasi di Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun lepas ia membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.

Menariknya ia berkonsepkan bisnes komuniti di mana tenaga pekerja memproses cendol hinggalah kepada pembekal santan, gula enau, gula melaka kacang merah dan lain-lain terdiri daripada penduduk Kg Jiboi Baru.

kongsi rezeki dengan penduduk Kg Jiboi Baru

Cendok Songkok Tinggi ini mempunyai rasa yang asli istimewa berbanding cendol biasa. Cendolnya mempunyai teksur, warna dan bau harum yang tersendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus organik tanpa menggunakan baha pengawet mahu pun pewarna tiruan. Ramuannya pula sangat istimewa dan alami.

Hasil cendolnya menggunakan ekstrak daun pandan asli sebagai pewangi. Jus daun pandan serani pula dicampur sebagai pewarna.Kemudian campuran ini digaul dan dimasak pula menggunakan empat jenis tepung iaitu tepung gandum, beras, ubi dan jagung.

Rasa manis yang enak lemak terhasil dari penggunaan campuran empat jenis gula di mana gula enau sebagai bahan asas dan dicampur dengan gula merah, gula tebu dan Melaka

 

Pada tahun lepas Cendol Songkok Tinggi membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.

Menu cendolnya terdiri cendol kacang, jagung, pulut dan biasa yang hanya berharga RM 2 semangkuk. Cendol ‘special’ iaitu campuran kacang, pulut dan jagung berharga cuma RM 3 sahaja. Nasi lemak dan kuih lopes juga ada dijual.

Di samping cendol ia turut memperkenalkan masakan Johor seperti Laksa Johor, Mi Rebus Johor dan jemput-jemput ala Johor. Setiap satu berharga RM 5 kecuali set jemput-jemput dengan kuah asam pedas tetel hanya berharga RM 4 sahaja.

 

INFO KEDAI:
Pemilik : Hj Daud Othman dan Ahmad Dani Daud
Alamat : Gazebo Songkok Tinggi, 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan , Negeri Sembilan
Waktu operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Isnin
3.00 hingga 4.00 petang rehat solat
Wajib cuba : Cendol special, cendol jagung, kacang dan pulut. Mi rebus Johor, Laksa Johor, Nasi Lemak, Kuih Lopes Johor

Published by
Faridah Talib