Biasanya orang jual atau buat donut susu bentuk biasa je. Apa kali ini, kita buat lain daripada biasa, donut susu bentuk bunga!
Resipi donut bunga susu yang dikongsikan Habsah Ngah ini, memang nampak menarik dan comel sekali.
Sesuai untuk anak-anak bawa sebagai bekal dan juga untuk jamuan ringan.
DONUT SUSU BENTUK BUNGA
BAHAN-BAHAN:
1 peket yis*
2 sudu besar gula*
2 cawan air suam*
1kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan bertanda * dan gaul sebati. Perap selama ½ jam atau sampai berbuih. Ketepikan.
2. Gaul bahan-bahan lain sehingga sebati semuanya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan adunan yis tadi.
4. Uli sampai elastik. Jangan tambah tepung kalau lembik. Uli je sampai tak lekat di tangan. Nak doh yang lembut/ringan jangan tambah tepung ye.
5. Perap selama 30 hingga 45 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Tumbuk doh dan uli lagi. Bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Boleh timbang jika nak bagi berat setiap biji sama.
7. Buat bentuk bulat dulu. Bagi rehat dalam 10 minit. Tunggu doh kembang sikit. Baru tekan sikit doh, kemudian gunting kepada 5 bahagian.
8. Kemudian, baru bentukkan doh. Picit di bahagian hujung-hujung adunan tu. Bila dah bentukkan doh, bagi rehat lagi selama 20 minit.
9. Barulah goreng dengan menggunakan api sederhana je. Angkat dan toskan.
10. Tunggu sejuk baru golek dalam susu tepung ye (susu tepung tu saya guna susu anak je, susu Everyday).
BAHAN SALUTAN SUSU:
1 cawan susu tepung
½ cawan gula kastor
*Gaul bahan di atas. Boleh golekkan donut dalam susu tepung.
Kredit resipi: Pn Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mi Champa Pedas Yang Sedap Melekat. Sure Berpeluh!
Nikmatnya jika dapat makan makanan bersup yang panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan. Mi Champa merupakan antara resipi mi berkuah yang wajib anda cuba masak sendiri di rumah. Rasa sendiri, anda pasti akan jatuh cinta. Jom kami kongsikan resipi Mi Champa oleh Puan Tahrunnisah Jali.
RESIPI MI CHAMPA
BAHAN KUAH:
- 1 1/2 – 2 kg daging lembu serta tulang untuk dibuat bone broth
- 3 liter air
- 4 biji bawang holand* – dipotong 4
- 3 biji bawang besar* – dipotong 4
- 2 inci lengkuas dipotong nipis* – dihiris nipis
- Seekor sotong kering sebesar tapak tangan
- Daun ketumbar seikat
- Daun bawang
- 2 batang kulit kayu manis*
- 4 biji bunga lawang*
- 1/2 cawan sos ikan
- Gula
- Garam
- Perasa jika suka
- Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
- 3 kiub stok perisa daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging serta kotoran. Kemudian, masukkan air, tulang, daging dan rebus kembali dalam 30 minit. Jika air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Masukkan lagi air baru dalam 3 liter dan rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.
2. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, kayu manis, bunga cengkih dan sotong kering.
3. Kemudian, masukkan rebusan tulang ke dalam bahan-bahan yang sudah dibakar tadi.
4. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
BAHAN SAMBAL LADA:
- 4 biji cili besar merah*
- 20 – 30 biji cili api*
- 2 sudu besar cuka
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus bahan-bahan bertanda * sehingga layu.
2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tadi bersama cuka dan garam sehingga hancur.
3. Siap.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
- 3 labu bawang putih
- 1 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong halus bawang putih.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dipotong halus.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Siap.
BAHAN TAMBAHAN:
- Kuey teow, mihun, mi champa
- Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
- Limau nipis
- Hirisan daging
- Minyak bawang putih
- Lobak asin yang dipotong halus
- Sambal lada
- Taugeh
- Kicap
- Serbuk lada sulah atau lada hitam
- Gula (tambahan jika anda suka manis)
- Sos ikan jika perlu
INFO TAMBAHAN:
- Sewaktu nak ambil kuah untuk dituang ke dalam mangkuk mi, pastikan anda tapis menggunakan penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mi tersebut.
- Sebelum makan, anda boleh letak kicap, perah limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam atau lada sulah, sos ikan jika suka dan juga gula kalau anda suka manis. Bahan tambahan adalah penyedap mi sup anda.
Kredit resipi & foto: Tahrunnisah Jali
Anda mencari PRESSURE COOKER ELEKTRIK, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Homemade Ketupat Sotong Kelantan, & Sedap Tak Terkata.
Belum cuba belum tahu, bila sudah cuba teringin nak lagi. Itulah gambarannya bila anda yang belum cuba makan atau menganggap sotong tak sesuai dijadikan hidangan oembuka selera atau pemanis mulut yang lemak manis rasanya. Tapi percayalah bila sudah makan baru tahu rasanya. Sedap sungguh ye, tak percaya cubalah buat kerana resipinya ada dikongsikan di bawah.
KETUPAT SOTONG VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN: ( Untuk 10 orang makan)
4 kg sotong | saiz XXL
1kg pulut susu
8 keping kecil gula Melaka.
3 helai daun pandan
Lidi pencungkin gigi secukupnya.
1kg santan caiar
1kg santan pekat
CARA MEMBUAT:
- Siang sotong dan buang kulit dan mata.
- Basuh dengan air garam dan toskan.
- Basuh pulut susu dan toskan.
- Siatkan daun pandan dan letakkan pada bahagian bawah periuk.
- Masukkan sedikit santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut yang telah dibasuh tadi dan gaul sebati. Rasa dahulu untuk pastikan cukup rasa masinnya.
- Masukkan pulut dalam badan sotong, tinggalkan suku ruang untuk ruang pulut mengembang.
- Jangan terlalu sendat atau longgar memasukkan pulut, bimbang sotong akan pecah semasa dimasak nanti.
- Sumbatkan kepala sotong di bahagian atas dan kemaskan dengan mencucuk lidi secara menyilang pada kepala dan badan sotong supaya lekat dengan kemas.
- Setelah siap masukkan dalam periuk dan letakkan periuk atas dapur tanpa nyalakan api. Dahulu.
- Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campurkan setengah cawan air ke dalam santan, Tak perlu kacau.
- Masukkan gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu dipecah.
- Hidupkan api sederhana dan tunggu hingga gula Melaka hancur dan santan sedikit pekat.
- Setelah cukup rasa manisnya dan santan sedikit pekat tutup api.
- Ketupat Sotong sedia dihidangkan.
Kredit : Dapur Resipi Pikat Selera.
10 Resipi Lauk Kari Gaya Masak Melayu & India. Memang Kaw Habis! Rugi Tak Cuba.
Masakan kari sinonim dengan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India semua suka. Di Malaysia ni, ada pelbagai jenis dan gaya masakan kari yang anda boleh cuba. Ada cara Melayu dan ada gaya India. Setiap satunya punya kekuatan serta keenakan yang tersendiri. Memang padu beb! Peminat kari wajib cuba ni.
1. KARI TULANG RUSUK KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang rusuk | dibersihkan
- 500ml santan pekat
- 500ml air rebusan tulang
- 100ml air asam jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 3 biji kentang | dibelah empat
- 6 ulas bawang merah | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4cm halia muda | dihiris
- 2 batang serai | dititik
- 1 tangkai daun kari | dihiris
- 1 biji tomato | belah empat
- 2 biji cili hijau | belah dua
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 tangkai bunga cengkih
- 2 tangkai bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang hingga empuk. Ketepikan dan asingkan air rebusan tulang.
- Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata seketika kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga timbul minyak.
- Masukkan tulang yang telah direbus dengan air rebusan bersama kentang.
- Apabila kentang empuk masukkan santan, air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Sebelum angkat masukkan tomato dan hirisan cili.
INFO CHEF: Untuk lebih sedap, semasa merebus tulang, campurkan sedikit serbuk kari bersama hirisan halia, daun kari, serai dan sedikit garam.
2. KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
- 500ml susu rendah lemak
- 150gm yogurt
- 1 paket rempah kari ikan
- 1 makan pes cili kering
- 1sudu makan pes asam jawa
- 1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
- 1 sudu makan halba campur
- 2 biji cili hijau | belah dua
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Hiris:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau rata.
- Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
- Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Telur ikan perlu dimasukkan selepas kuah mereneh kerana ia cepat masak dan mengelakkan daripada telur pecah.
3. KARI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging tetel | hiris
- 1/2 batang lobak merah
- 150gm brokoli
- 10 biji cili padi | buang tangkai
- 3 batang kacang panjang
- 2 biji cili hijau | belah dua
- 2 biji tomato | belah empat
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 500ml santan
- 500ml air rebusan daging
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- Garam dan guna secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk.
- Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya.
- Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama air asam jawa.
- Setelah mereneh lebih kurang 10 minit.Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato.
- Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
INFO CHEF: Untuk campuran sayur-sayuran, anda boleh pelbagaikan sayuran ikut kegemaran.
4. KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong | saiz XL
- 400ml susu rendah lemak
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 2 biji tomato | belah empat
- 1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 batang serai
- 1sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 biji buah keras
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
- Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
- Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
- Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
- Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk menyediakan kari sotong, sotong dimasukkan kemudian untuk mengelakkan ia menjadi keras dan liat.
5. KARI AYAM TUA TOMATO CERI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam tua | potong sederhana
- 500ml santan pekat
- 1 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- 2 biji ketang | buang kulit dan belah 4
- 6 biji tomato ceri
- 2 tangkai cili merah | dibelah 2
- 1 sudu makan pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 tangkai bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
- 7 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah direbus tadi, gaul rata.
- Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam.
- Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
- Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah, kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Semasa merebus ayam, campurkan dengan sedikit garam, hirisan halia, lengkuas dan serai titik untuk menghilangkan bau hanyir ayam tua.
6. KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN -BAHAN:
- 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
- 250ml susu rendah lemak
- 150gm yogurt
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan halba campur
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 biji terung bulat | belah empat
- 2 biji cili hijau | belah dua
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan Hiris:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan patin dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
- Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
- Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
- Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Cara mudah membuah hanyir ikan patin, rendamkannya dengan air asam jawa atau air perahan limau nipis lebih kurang 10 minit kemudian bilas dengan air bersih dan toskannya.
7. KARI IKAN KELI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan keli | dipotong dua
- 750ml santan
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 batang kacang bendi
- 2 biji tomato | belah dua
- 2 biji cili merah | belah dua
- 6 biji cili padi | buang tangkai
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 sudu makan halba campur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering
- 4 cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Rendam ikan keli yang telah disiang dalam air asam jawa lebih kurang lima minit.
- Bersihkan ikan keli, kemudian potong dua dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air.
- Setelah agak garing, masukkan santan, air asam jawa. Biarkan mereneh seketika.
- Seterusnya masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, hirisan cili merah dan cili padi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan keli dagingnya lembut, kerana itu masukkannya bila kuah sudah mereneh dan tidak terlalu kerap mengacaunya.
8. KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sardin saiz besar
- 250 ml santan kotak
- Sedikit air | jika perlu
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan pes air asam
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
- 1 biji cili merah | dibelah dua
- 1 biji cili hijau | dibelah dua
- 1 biji tomato | dibelah empat
- 1 biji bawang besar | dibelah empat
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 5 biji bawang merah | dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus
- 4cm halia | dihiris halus memanjang
- 1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
- Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
- Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
INFO CHEF: Jika suka boleh sahaja dicampurkan kuah sardin di dalam kari.
9. KARI TULANG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang dan kelapa ikan masin talang
- 1 liter santan
- 3 biji terung bulat | dibelah empat
- Sedikit air jika perlu
- 1 tangkai daun kari | dilurut dari tangkainya
- 2 biji tomato | dibelah empat
- 2 tangkai cili merah | dibelah dua
- 2 tangkai cili hijau | dibelah dua
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu makan halba campur
- 3 sudu makan rempah kari
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4cm halia
- 3cm kunyit hidup
- 5 biji cili padi
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Masukkan bahan kisar, santan, rempah kari, dan tulang ikan masin dalam periuk.
- Kemudian masak atas dapur, bila kuah mendidih masukkan terung.
- Setelah terung empuk,kemudian rasa. Jika sudah masin, tambah sedikit gula sahaja.
- Jika kurang tambah garam secukup rasa.
- Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan tomato.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
- Kemudian tuangkan dalam gulai tadi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mengurangkan rasa masin, selepas rendam, cuci ikan dengan cuka makan.
10. KARI UDANG BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang | saiz XL
- 400ml susu rendah lemak
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 2 biji tomato | belah empat
- 4 batang kacang panjang | dipotong 4cm
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 batang serai
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang kemudian tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
- Apabila kuah mereneh, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
- Selepas lima minit masukkan kacang panjang.
- Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!