Peti sejuk ibarat penyelamat kepada makanan-makanan agar tetap segar ketika dimakan dan boleh disimpan untuk jangka waktu yang relatif. Namun, sayangnya ada beberapa bahan makanan tertentu yang ternyata tidak bertahan lama. Atau, bahan makanan tertentu akan menimbulkan bau yang menyengat sehingga merosakkan makanan lain.

Okay, supaya kita tidak terus membazir, ambil tahu dulu cara menyimpan yang sebenar agar lebih tahan lama dan rasa makanan tersebut tetap asli dan terpelihara.

  1. Jangan mencuci buah sebelum disimpan kerana akan mempercepat pembusukan. Macam mana ya?

  • Buah-buahan tidak memerlukan kelembaban yang tinggi. Hindari mencuci buah sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk karena akan merosakkan kelembaban sehingga mudah busuk. Letakkan buah-buahan di rak tengah yang terbuka.
  • Beberapa buah tertentu seperti pisang, avocado, tembikai dan limau, tidak akan tahan lama jika dimasukkan ke dalam kulkas. Cukup simpan buah-buah ini di suhu bilik atau di udara terbuka.
  • Untuk buah yang sudah dipotong,  perahkan jus lemon untuk menmbuangk oksidan buah yang mencegah warna menjadi kecokelatan serta kehilangan kerangupannya. Boleh juga dimasukkan ke dalam mangkuk dengan bungkus plastik (plastic wrap).
  • Untuk buah yang masih dalam keadaan segar boleh disimpan dalam selama 1 hingga 2 minggu. Sedangkan untuk buah yang sudah dipotong hanya 3-4 hari.
  1. Buah Epal sebaiknya dipisahkan dengan buah lainnya kerana ia mengeluarkan gas tertentu yang menyebabkan buah atau sayuran cepat membusuk

  • Simpanlah secara terpisah dengan buah-buahan lain yang sudah masak..
  • Agar rasa dan tekstur epal tidak berubah, simpan dengan cara membungkusnya ke dalam plastik berlubang sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  1. Berbeza dengan buah, sayuran memerlukan kelembaban yang lebih tinggi dan lebih cepat busuk berbanding buah.

  • Cuci bersih sayuran untuk mencegah bakteria yang menyebabkan daunya layu dan kekuningan. Tunggu kering sebelum memasukkannya ke dalam plastik berlubang atau dibungkus dengan kertas. Kalau cendawan wajib dibungkus kertas, kerana ia mudah berpeluh dan busuk jika dibungkus dalam plastik.
  • Jauhkan dari buah-buahan dan bawang merah serta bawang putih untuk menghindari gas yang menyebabkan kekuningan.
  • Letakkan di bahagian rak atau laci khusus sayuran. Sayuran dapat disimpan 2-3 hari atau lebih dalam peti sejuk.
  1. Simpan telur dengan meletakkan hujung yang kecil berada di bawah agar tidak cepat busuk

IKLAN
  • Kalau nak simpan dalam peti sejuk cuci bersih telur untuk menghilangkan kotoran dan lap hingga kering.
  • Simpan dalam tempat telur yang disediakan dengan meletakkan hujung yang kecil berada dibawah. Cara ini akan memastikan bekas udara yang berada di atas tidak tertekan oleh berat telur agar tidak mudah pecah busuk.
  • Telur dapat disimpan dalam peti sejuk selama 3-5 minggu.
  1. Pastikan daging, ikan dan ayam segar tetap pada plastik pembungkusnya, atau gunakan alas piring jika tanpa pembungkus

Biarkan daging, ikan, dan unggas tetap dalam pembungkus. Kalau buka bungkusan boleh meningkatkan risiko terdedah kepada bakteria Jika daging tidak dibungkus masa di beli,masukkan dalam bekas agar kandungan airnya tidak menitis dan terkena makanan yang berada di bawahnya.

  1. Produk susu baiknya dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana kemasannya menjadi hal yang sangat penting

  • Untuk menyimpan susu, ada baiknya menggunakan botol plastik kerana Bakteria lebih mudah tumbuh di bekas kotak dari pada botol plastik. Jika kotak susu sudah dibuka, susu harus diminum dalam waktu 7 – 10 hari.
  • Biarkan keju, yoghurt, krim masam, susu, dan krim tetap dalam kemasannya. Jika sudah dibuka, jangan masukkan dalam bekasnya semula.  Letakkan di mangkuk atau piring dengan bungkus plastik.
  • Untuk Keju,  gunakan bungkus aluminimum foil jika sudah dibuka. Untuk keju keras seperti cheddar boleh bertahan 3-4 minggu setelah dibuka. Sedangkan untuk keju seperti ricotta  boleh bertahan satu minggu setelah dibuka.
  1. Kentang berfungsi untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang telah dimasak yang dimasukkan ke dalam peti sejuk.

  • Sebenarnya, kentang  tidak  sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana zat tepungnya akan berubah menjadi zat gula. Letakkan di tempat yang lebih gelap, dingin dan jauh dari jenis bawang-bawangan. Jika terdapat pertumbuhan bercambah, sebaiknya segera dibuang.
  • Untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang sudah dimasak, masukkan belahan kentang di beberapa tempat dalam peti sejuk. Belahan kentang tersebut cukup diganti setiap tiga hari sekali dengan yang masih segar.
  1. Pisahkan tomato dan timun, gas dalam tomato akan membuat timun cepat busuk

Sebaiknya, gunakan kertas atau surat khabar lama sebagai alas atau sebagai pembungkus agar tomato dan timun sentiasa kering sehingga lebih awet di dalam  peti sejuk.

  1. Bungkus rapat kacang-kacangan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Ketahanan jenis kekacang yang disimpan dalam peti sejuk sangat tergantung pada jenisnya. Sebaiknya, bungkus dengan rapat dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar dapat bertahan hingga 3-5 hari ke depan.

  1. Jauhkan bawang dari bahan makanan lain kerana mengandung gas dan bau yang menyengat

Cuci bersih bawang setelah dikupas atau diiris, simpan dalam bekas plastik kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar gas dan baunya tidak mencemari bahan makanan lain. Bawang boleh bertahan hingga 4 hari atau lebih.

  1. Sisa makanan yang dimasak, boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan tahan bocor.

  • Simpan lebihan masakan dalam bekas horizontal agar boleh sejuk lebih cepat. Pastikan kedap udara dan tahan bocor.
  • Jika makanan habis dimasak, sejukkan lebihan makanan dalam waktu dua jam dari memasak.
  • Jangan meletakkan masakan berdekatan dengan bahan mentah lain untuk mencegah pemaparan bakteria. Aroma dari bahan mentah juga boleh terserap ke makanan.
  • Makanan lebihan yang mengandungi daging boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 hari.

So ada tak korang buat macam ni? Jangan kata tak payah. Cuba dulu. Selain petisejuk kemas, kita juga boleh mengelakkan pembaziran.