Char Kuetiau Goreng Bujang Yang Sempoi Tapi Sedap Gila Ni.

Share

Lapar tapi tak mau makan nasi, apa kata korang tukar dengan masak Char Kuetiau goreng bujang je. Nampak simple tapi  sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk makan malam. Sesiapa yang suka makan  Char Kuetiau boleh cuba idea ni sebab menu ni tak sampai 15 minit dah masak dan boleh makan terus. Tak payah berkincah di dapur.

CHAR KUETIAU 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kuetiau | cuci dan tos
  • 4-6 ekor udang | bersih dan tos
  • 1 ekor sotong | hiris bulat, bersih dan tos
  • Sedikit hirisan isi ayam
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Sedikit tauge
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 ulas bawang merah-cincang
  • 1 sudu besar pes cili
  • 3 tangkai cili padi | titik
  • ½ sudu besar sos  tiram
  • ½ sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.

Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuetiau.

Langkah 5: Setelah kuah pekat, masukkan telur.

Langkah 6: Masukkan kicap pekat.

Langkah 7: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kauy teow sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin