Char Kuey Teow Terlajak Sedap, 10 Minit Siap & Wajib Cuba!

Share

Suka makan Char Kuey  Teow? Kenapa mesti berbaris panjang  menunggu hanya nak makan sepinggan kue teow. Lepas ini buat sendiri senang sangat nak buat, boleh letak udang banyak-banyak, ikut selera. Resipi, jangan risau,  admin kongsi…

CHAR KUAY TEOW BUJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kuay teow-cuci dan tos
  • 4-6 ekor udang-bersih dan tos
  • 1 ekor sotong-hiris bulat, bersih dan tos
  • Sedikit hirisan isi ayam
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Sedikit tauge
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 ulas bawang merah-cincang
  • 1 sudu besar pes cili
  • 3 tangkai cili padi-titik
  • ½ sudu besar sos  tiram
  • ½ sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.

Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuey teow. Setelah kuah pekat, masukkan telur.

Langkah 5: Masukkan kicap pekat.

Langkah 6: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kuey teow sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin