Ada yang nak cuba buat kek sendiri? Kek Cheddar Lemon Soft Butter Cake ni tidak muak makan kerana di dalamnya ada perisa lemon. Lembut dan gebu memang buat korang tak sabar nak makan.
Cheddar Lemon Soft Butter Cake
Bahan-bahan:Untuk 2 loyang saiz 8 12 biji telur 2 cawan gula halus 1 sudu besar ovalate 3 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu besar serbuk penaik ayak 2 kali 1 sudu besar lemon flavour
Cara membuat:
1. Adun bahan-bahan sehingga separa gebu.
2.Masukkan whipping cream dairy 1/4 cawan, adun sampai gebu.
3.Sementara itu parut 125g cheddar.
4.Parutkan kulit lemon bahagian kuning sahaja.
Ads
5.Adunan tadi dah jadi kembang gebu macam ni matikan mixer.
6.Masukkan cheddar dengan kulit lemon tadi kemudian kacau.
Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.
Jom kita lihat resipinya.
OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung
BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Terasa nak buat biskutTat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!
RESIPI TAT CADBURY 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega/marjerin
1 sudu teh minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)
4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.
Siapa yang berniaga kek mesti tahu kepentingan whipping cream atau krim putar ini. Harganya pun boleh tahan mahal jugak. Bagi orang yang buat bisnes bakeri dan kek memang terkesan jugak kan.
Ni ada cara membuat whipping cream cara homemade, gerenti sedap, segar dan halalan toyibban.Bagi Soleh Fattah dia lebih gemar membuat sendiri kerana krim putar ini adalah bahan yang selalu kena standby ada bila membuat kek.
Katanya, “Dapat juga teruskan niat berniaga sambil bersedekah dan jimatkan kos.”
1 sudu makan ovalette
5 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas.
3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang.
4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat.
5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!