
Siapa tak suka kek keju yang gebu gabas, dan cair di mulut. Tapi yang paling best resipi ni confirm telur tak hanyir.

Kadang-kadang ada juga cheese cake yang rasa telurnya agak terlalu kuat dan hanyir. Tapi yang ini memang sedap dan tak rasa pun hanyir telur. Jom cuba buat…
KEK KEJU GEBU

BAHAN-BAHAN :
- 250gm krim keju
- 250gm susu pekat
- 5 biji telur
- ½ cawan tepung gandum
CARA MEMASAK :
1. Asingkan putih telur dan kuning
2. Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).

3. Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul smpai sebati
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati.
5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
6. Lapikkan baking paper dalam dulang pembakar .
7. Masukkan adunan dan bakar selama 30 minit api atas bawah 180c. Mgikut oven masing-masing.

kredit: nurul athira
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Roti Kastard Menggunakan Kuali. Memang Sedap!

Anda suka makan roti? Jika ya, resipi Roti Kastard sedap perkongsian saudari Nita -nvoo Daniels ni antara yang boleh dicuba. Memang enak kalau dapat makan panas-panas. Malah, inti kastard tu juga boleh digantikan dengan keju mozzarella atau apa-apa inti kegemaran. Anda pasti suka. Jom cuba! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang.
RESIPI ROTI KASTARD LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 300gm (1 1/2 cawan) tepung roti
- 5 sudu makan gula – beli online DISINI
- 1 sudu makan yis segera – beli online DISINI
- 1/2 cawan air
- 6 sudu makan susu segar
- 2 biji telur saiz kecil – jika guna saiz besar, cukup hanya 1 biji – dipukul
- 2 sudu makan mentega lembut
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti.
- Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda.
- Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi.
- Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola.
- Canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella.
- Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti.
- Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi.
- Masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk.
- Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.

RESEPI INTI KASTARD

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan tepung jagung – beli online DISINI
- 2 sudu makan tepung kastard – beli online DISINI
- 1 1/2 cawan susu segar
- 2 biji telur
- 1/2 – 1 sudu teh esen vanilla – ikut citarasa – beli online DISINI
- 3 sudu makan gula – boleh lebihkan jika suka manis
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga likat dan mendidih.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. Jika suka inti keju, guna parutan keju mozzarella bagi menggantikan inti kastard.

INFO:
1. Jika tiada tepung roti, boleh guna tepung gandum. Tetapi perlu ayak 2 kali.
2. Selain seperti bentuk dalam gambar, boleh bentukkan roti ikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nita -nvoo Daniels
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Pandan Egg Tart Rangup Di Mulut. Pasti Mengulang Makan Nanti
Resipi Roti Pisang Bakar Untuk Minum Petang. Sedap, Mudah & Sangat Berbaloi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

Mi calong bahan ramuan dari mi lidi adalah masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang, tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri! Supnya aje sudah cukup membuatkan kita nak menghirup berkali-kali
MI CALONG

BAHAN-BAHAN:

- Mi lidi LongFong
- Lada hitam biji segenggam nak berasap lagi boleh tambah lagi.
- Bawang Merah sesuka hati nak banyak mana | 5 ulas dah okay
- Bawang putih sesuka hati nak banyak mana | 3- 4 ulas
CARA MEMASAK:


1. Mi lidi dicelur terlebih dahulu jangan lembut sangat sebab nanti nak masukkan sekali dalam kuah. Toskan. Letak tepi dulu.
2. Tumbuk lumat lada hitam biji.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk sekali dengan lada hitam tadi. Guna lesung untuk rasa lebih asli.
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis segala bahan yang ditumbuk sampai dapur bau semerbak dgn tumisan bawang lada hitam
5. Letak air dalam tumisan tadi. Ikut nak kuah banyak mana. Biarkan menggelegak.
Sementara tunggu menggelegak tu, kita siapkan bahan seterusnya :
- Ikan tenggiri/ikan selayang
- Sawi

1. Asingkan isi ikan mentah dari tulangnya. Tumbuk dalam lesung yang sama kita guna untuk tumbuk bawang lada hitam tadi.
2. Jangan basuh dulu lesung yang tumbuk bawang nanti boleh terus guna untuk tumbuk isi ikan pulak.
3. Isi ikan mentah yang dah lumat tu tambahkan dengan sedikit garam dan gaul sebati.
4. Bulat bulatkan isi ikan mentah sebesar hujung ibu jari .
5. Masukkan bebola ikan mentah dalam kuah yang tengah menggelegak tadi.
Masukkan mi lidi yg dicelur tadi.
6. Akhir sekali masukkan sawi.
Nota: Boleh jugak guna bebola ikan ini untuk masuk dalam tumis sawi. Bahan sama jugak. Bawang dengan lada hitam tumis dulu, masukkan air, masukkan fucuk dan bebola. Masukkan suhun dgn sawi. Siap boleh buat lauk makan dengan nasi
Kongsi resipi: Nur Fatin Azeema
INGIN MENCARI PERALATAN DAPUR DAN PRESSURE COOKER UNTUK MASAK SUP ATAU MI CALONG BOLEH LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Susu Halia Ikhtiar Minuman Untuk Buang Angin

Jika anda kerap rasa sebu, itu adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah angin dalam badan. Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku apatah lagi dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
SUSU HALIA

BAHAN-BAHAN
Satu kotak susu (brand apa pun boleh)
4 cm halia
CARA MEMBUAT
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.

MANFAAT MINUM SUSU HALIA
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.

Selamat mencuba!
Kredit resipi dan petua daripada Wan Norma

