Masih lagi dalam mood Raya, kek dan biskut masih jadi rebutan. Tak kurang yang menyukai cheese tart kembong magnum ni. Memang super sedap kalau buat jual pun memang hot sales.Jom kita sama-sama cuba buat.

Cheese Tart Kembong Magnum

Bahan-bahan:
kalau rajin buat shell kalau tak beli saja di bakeri.

Shell tart
250gm butter (suhu bilik)
1/2 cawan gula ising
500gm tepung gandum
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
1sudu besar air sejuk

Cara membuat:

1.Adun butter dan gula ising hingga sebati. Guna spatula pun boleh.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Gaul sebati
3.Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais. Uli hingga menjadi doh.
4.Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.Cucuk dasar doh dengan garfu.
5.Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25minit atau hingga masak.
SUHU BERGATUNG PADA OVEN MASING-MASING.
(dapat dalam 100)

IKLAN

Bahagian topping

300gm cream cheese
60gm -80gm gula castor dikisar
2 sudu besar kuning telur
1 sudu besar butter /majerin
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat:
1. Pukul cream cheese sampai sebati. Masukkan esen vanila,kuning telur dan butter tadi. Pukul sekejap.Kemudian masukkan gula sikit-sikit. Pukul sebati semua dan siap.

Bahan lain :topping magnum
-Choc dark compound beryls
-cocoa butter 2 sb kalau xde shortening pn bole
– Kacang cincang almond bakar dulu sekejap

Cara memasak :
1.Masukkan filling nutella atau coklat chips dalam shell. Kemudian piping cream cheese membukit.

2.Bakar 170° selama 5 minit. Dah siap. Ketepikan.

3.Cairkan beryls +cocoa butter,double boil
4.Celup permukaan cheese tart tadi dalam choc yang dah panas dan cair ni. Kemudian terus tabur kacang di tepi, Buat cepat masa choc tu masih panas nanti dah beku ia tak mahu lekat.
5.Siap susun dan masukkan dalam chiller baru susun dalam bekas

Kredit resipi dan foto: Syahirah Binti

Sup Makaroni Daging Berempah