Cheesekut Coklat Nestum Dessert Mudah, Disukai Ramai

Share

Apa menu minum petang anda hari ini? Sesekali lidah terasa nak makan dessert yang mudah dan disukai ramai. Boleh cuba buat Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail.Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dessert ni tak boleh makan banyak sekali hadap sebab muak. Dapat sepotong pun dah puas rasanya.

Cheesekut Coklat Nestum

 

Bahan-bahan:

1 paket Cream Craker HupSeng (guna deluxe cracker lebih afdal)

250gm Cream Cheese

1 paket Nestum original

1 tin susu cair

1 cawan krimer manis coklat SAJI

1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)

5 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

 

  1. Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
  2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.

  1. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula. (Susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh)

  1. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.

  1. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup cracker satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.

  1. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.

Kredit: Izanizawati Ismail

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri