Rangup dan sedap serta kelazatan inti ayam berkeju dan cendawan. Inilah keenakan pastri lapis Cheesy Chicken & Mushroom Puff padahal guna pastri lapis yang sudah siap dipek ( jenama Kawan pun okay). Namun pastri lapis ni memang rangup dan mudah berderai.

Yang penting isinya kena sedap, selain sosej dan isi ayam, bahan seperti susu segar, mentega, keju mozarella dan kepingan keju menjadikannya lebih sedap dimakan.

CHEESY CHICKEN AND MUSHROOM PUFF


Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
.

Ads

BAHAN-BAHAN :

  • 1 peket puff Pastry jenama Kawan
  • 1/2 peket isi ayam
  • 3 batang sosej
  • 1 biji bwg holland (potong dadu)
  • 3 ulas bwg putih (dicincang)
  • Sedikit capsicum hijau & merah (potong dadu)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 tin sup campbell (tin kecil)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit mentega
  • Sedikit keju mozarella/cheese slice
  • Egg wash (kuning telur+ sedikit air/susu)

CARA MEMASAK :

Cara masak inti :

  1. Panaskan mentega tumiskan bawang, da layu msukkan isi ayam dn sosej
  2. Bila dah masak masukkan sup campbell, susu segar, garam sedikit
  3. Masukkan lada hitam, capsicum dan perasakan
  4. Masak hingga pekat dan tutup api

Penyediaan :

  1. Sediakan puff pastri (pastri lapis), letakkan inti atas puff dan sedikit cheese
  2. Kelar bahagian atasnya dgn pisau
  3. Tutup puff, guna garfu tekankan tepi puff hingga habis (rujuk gmbr)

Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
.

  1. Letakkan dlm dulang pembakar dan sapukan egg wash
  2. Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit

Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
.

Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
.

Ads

Rujukan :

FB: Resipi Mutiara HATI

Jika anda suka membeli belah secara online, jom layari  DI SINI untuk mendapatkan tawaran dan pelbagai perkakas dan peralatan dapur untuk memudahkan kerja anda di dapur.

Ads

ANDA MUNGKIN JUGA SUKAKAN RESIPI INI : 

DAN JUGA RESIPI INI :

Resipi Step By Step Buat Karipap Pusing Sedap Yang Gerenti Jadi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI