Resipi Cheesy Dendeng yang berempah dan penuh dengan rasa, dibakar bersama keju yang mencair sempurna. Memang umphhh! Ada kombinasi rasa pedas, manis dan lemak-lemak dari keju. Setiap gigitan pasti memikat selera. Jom cuba! Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak coklat keperangan yang sempurna.Cheesy Dendeng, Twist Moden Pada Hidangan KlasikCheesy Dendeng, Twist Moden Pada Hidangan Klasik

CHEESY DENDENG

Cheesy Dendeng, Twist Moden Pada Hidangan Klasik

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam | potong kiub
  • 1 cawan cili kisar
  • ½ cawan kicap manis
  • 3 helai daun limau | dikoyak
  • 2 biji bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • 50gm Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 70gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 sudu besar serbuk perasa

Cara Memasak:

  1. Goreng ayam hingga separuh masak. Asingkan.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kicap lalu gaul sebati. Masukkan ayam bersama daun limau dan gaul hingga sebati. perasakan.
  3. Masukkan Perfect Italiano Mozzarella dan gaul rata.
  4. Kemudian, letakkan di dalam bekas dan taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
  5. Bakar di dalam air fryer sehingga keju mencair selama 10-15 minit dan suhu 170°C.

 

Ads

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Ads

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI