Sekali sekala tekak mesti teringin nak makan kudapan barat. Keju dan kentang adalah dua gandingan serasi yang cukup menyelerakan. Tapi jangan selalu sangat, maklumlah berlemak dan berkrim. Nanti naik berat badan pula. Sajian ini sungguh mengenyangkan malah boleh sahaja dinikmati sebagai sarapan atau makan malam. Sesuai juga dijadikan brunch. Bahan-bahan untuk hasilkan hidangan ini pun ringkas sahaja. Jom kita cuba buat sendiri Cheesy Potato Bake. Anda pasti suka.
CHEESY POTATO BAKE
BAHAN-BAHAN:
- 60gm mentega
- 1/4 cawan tepung gandum
- 21/3 cawan susu segar
- 2 cawan parutan keju
- 1.2 kg kentang, dikupas dan dihiris nipis-nipis
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Ambil loyang pembakar segi empat dan griskan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Cairkan mentega dalam periuk saucepan menggunakan api sederhana. Masukkan tepung, masak dan kacau secara kerap selama dua minit atau hingga sebati.
- Alihkan periuk dari api @ padamkan api. Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau dengan kerap hingga menjadi campuran yang benar-benar sebati.
- Kemudian letak kembali di atas api. Masak dan kacau sehingga sos mendidih.
- Masukkan pula 1 1/2 cawan parutan keju dan kacau hingga sebati.
- Susun 1/3 hirisan kentang, biarkan ia sedikit bertindan di dalam loyang pembakar, taburkan garam dan lada hitam.
- Sudukan satu pertiga daripada sos keju tadi sehingga menutupi lapisan kentang. Ulang sebanyak dua kali. Jadikan dua lapisan. Taburkan lebihan parutan keju di permukaan.
- Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga kentang empuk dan perang keemasan.
- Jika permukaan keju menjadi terlalu perang sebelum sampai waktunya, tutup dengan kertas aluminium foil bagi mengelakkan lapisan keju menjadi terlalu hangus.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: taste.com.au