Di kala musim PKP ini untuk menghilangkan rasa bosan masing-masing ligat dengan aktiviti mereka. Ada yang sebelum ini tidak pernah berkemas rumah , habis setiap sudut rumah dibersihkan Begitu juga yang tidak pandai memasak sudah mula berjinak-jinak ke dapur dengan mencuba pelbagai masakan.
Tidak kurang juga yang menjadikan facebook,you tube dan istagram sebagai rujukan mereka dalam mencari idea untuk menghasilkan menu buat keluarga.
Salah satu yang buat anda tertarik nak mengikuti masakan ialah di Instagram Chef Adu Amran , chef yang tidak asing lagi dalam dunia kulinari. Terhibur dengan celotehnya di dapur dan gayanya berpakaian yang kadang kala berkain batik dan pelikat seolah gambaran santai di rumah. Ia memberikan situasi yang sangat dekat di hati follower.
“Komen amat menggalakkan dan ramai yang dm ucap terima kasih. Mereka juga suka dapur dan cara saya yang santai dan ‘gila-gila’ amat berbeza dengan persona saya di Master Chef,” akuinya.
Banyak info dan tip juga diselitkan di dalam video perkongsian masakannya. Penyampaian santai dan mudah difahami oleh semua peringkat usia, itulah style chef Adu mudah mesra dengan follower.
“Saya muat naik satu video buat kek ramah-keto sehari sebelum KPK di IGTV. Sambutan amat menggalakkan. Selepas itu seorang teman menyarankan saya muat naik video sepanjang KPK dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya pun memang masak yang mudah-mudah di rumah. So saya pun setuju.
Sebenarnya mak-mak kita dulu dah biasa dengan fenomena harus memasak setiap hari. Buat sesuatu yang kita faham profil rasanya dan mudah. Kreatif itu penting. Maksudnya, bukan dari segi ‘seni’ Tapi daya pemikiran untuk menggunakan alternatif jika sesuatu bahan itu tidak ada,” ceritanya.
Tambah Chef Adu perkara asas yang perlu diketahui sebelum memasak ialah perlu adanya sedikit pengetahuan tentang keselamatan dan kebersihan dari sudut situasi di dapur dan juga masakan itu sendiri. Nasihatnya juga pisau mesti tajam (pisau tumpul lebih mengundang kecederaan) dan mula dengan masak nasi dengan sempurna tanpa ‘rice cooker’.
Dengan tag line masak simple but marvelous sememangnya menu yang dihasilkan dapat memberi inspirasi pada semua. Dikongsi resipi air tangan Chef Adu yang pasti membuka selera anda.
https://www.instagram.com/tv/B-lZH69hKsG/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Asam Pedas Johor
Bahan-bahan:
Ikan mayong yang sudah dipotong
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
9 ulas bawang putih
1 ½ inci kunyit hidup
1 inci halia
1 mangkuk cili pes yang sudah dimasak
1 mangkuk kiam chai
Daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
#chefaduamran #masterchefmalaysia
https://www.instagram.com/tv/B-vYE54BJuM/?utm_source=ig_web_copy_link
Resipi sesuai juga untuk vegetarian dengan contoh sayur-sayuran yang saya sarankan.
Tandoori Ayam Dan Raita timun
Bahan – Bahan perapan
3-4 biji cili kering gemuk
3 sudu besar yoghurt
1 sudu besar jintan putih Dan ketumbar – sangai Dan tumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia – sagat
5 ulas bawang putih – cincang
2 biji limau nipis – ambil jus
2 tangkai daun ketumbar
Garam secukup rasa.
Kisar kesemua bahan
Untuk Raita
Kuantiti – Ikut selera
Yoghurt
Ketumbar dan jintan – sangai dan kisar
Timun – sagat tanpa pembuluh
Daun Ketumbar – hiris halus
Jus Limau
Garam secukup rasa
Gaul kesemua bahan
#chefaduamran #masterchefmalaysia
Jom follow program masak Chef Adu X Pesona Pengantin di instagram dan facebook Pengantin pada setiap Rabu dan Sabtu jam 12 tengah hari.