Mesti semua penah makan nasi kat hotelkan, mesti pelik kenapa nasi hotel berderai, tapi rasa macam lemak-lemak, moist macam campur beras pulut jer. Jom belajar dengan Chef Adzha.
Haa nie chef nak share dengan korang semua cara hotel atau restoran masak nasi, sebenarnya cara nie diambil daripada cara penyediaan nasi jepun tuh, kan orang jepun makan nasi pown dengan chopstick, nak bagi nasi tergumpal dan melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah dorang guna.
Kali ni Chef guna periuk kat rumah jer dan beras Cap Masjid saja. Takut nanti hangpa kata Chef guna equipment lain yang tak der kat umah pulak.
Caranya sangat mudah korang follow jer step dalam video nieh. Sure hasilnya nasi gebu berderai comel sedap lemak yummmyyyy.
Bahan-bahan:
- Beras & Air
- Cuka makan
- Minyak masak
- Garam
Kalau nasi tengahari tak habis pon nak masak untuk nasi goreng malam pon boleh jer sebab nasi dia akan berderai lepas disejukkan.
Selamat mencuba.
Kongsi resipi: Mukhlis Adzha
https://www.facebook.com/mukhlis.adzha/videos/10216068919180869/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Idea Juadah Berbuka Berasaskan Daging. Resipi Mudah Sedap Azian Hasan
Dah beli daging tapi masih mencari idea nak masak apa. Dah tak payah susah-susah ikut aje 4 idea resipi yang gerenti enak ni.
Penulis buku masakan Azian Hasan ada resipi sedap yang mudah dimasak. Sedap dibawa berbuka nih.
1.DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cendawan butang | dihiris nipis
- 3 sudu makan cuka epal (cider)
- 3 sudu makan mentega
- 500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
- 1 cawan krim
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh pasli kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
- Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
- Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
- Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
- Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang | dipotong saiz 3 sm
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 100gm mentega
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 3 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 3 helai daun bay
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan cairkan mentega
- Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
- Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit
- Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
- Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
3. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
- 3 cawan beras biasa
- 4 cawan air rebusan daging
- 2 labu bawang merah besar | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1.5 sm halia | dihiris halus
- 2 sm kulit kayu manis
- 1-2 kuntum bunga lawang
- 3 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
- Panaskan minyak dan mentega
- Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
- Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
- Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
- Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
- Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
4. DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
- 250gm daging cincang
- 4 biji cili merah | dihiris halus
- 4 biji cili padi| ditumbuk
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 genggam daun selasih
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
- Masak sehingga cili garing.
- Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
- Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam.
- Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
- Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Ini Cara Bezakan Daun Ketumbar, Sederi & Parsli.
Pernahkah berlaku apabila korang minta tolong suami belikan daun Sederi tapi dibelinya daun ketumbar. Atau anda sendiri nak beli daun ketumbar terbeli daun Parsli, ini biasa berlaku. Sebabnya ketiga-tiga jenis daun ini hampir sama, tetapi jika diteliti betul-betul perbezaannya ketara. Nak tahu apa perbezaannya, baca tip berikut:
BENTUK DAUN
Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun Parsli, hampir sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan, kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil dan aromanya lebih kuat berbanding daun seleri dan parsli.
RASA
Soal rasa, daun sederi lebih lembut baunyadan disukai ramai, tekstur batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan daun sup tetapi lebih runcing. Sementara daun ketumbar lebih kuat bau , hal ini menyebabkan ramai orang tidak menyukai baunya.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih lembut baunya, sebab itu ia lebih banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli lebih banyak digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan makanan barat seperti pizza, spageti dan lasagna. Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik dan kuat baunya ini banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.
Ok, mudah je kan untuk membezakan ketiga-tiga jenis daun ini, diharapkan dengan info berikut anda tidak keliru lagi dalam membezakan tiga jenis daun, saderi, parsli dan ketumbar.
Cara Goreng Hati & Pedal Ayam Tanpa Meletop & Mercik Minyaknya.
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
- Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
- Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
- Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Selamat mencuba!