30 tahun lalu seorang anak muda berasal dari Kluang, Johor,Chef Alwi Mahfodz memulakan karier menjadi seorang tukang masak. Pendedahan mengenai dunia kulinari bermula pada tahun 1989 sewaktu di Maritime Academy Malaysia,Melaka.
Pada tahun 1990, dia memulakan pelayaran kapal pertama.Selama tujuh tahun berlayar ke 25 buah negara memberi banyak pengalaman dalam dunia masakan. Sekembali ke Malaysia, ditawarkan bekerja di hotel lima bintang JW Marriot dan beberapa restoren mewah yang lain.Pengalaman melihat negara luar ketika usia masih muda iaitu 19 tahun dan bekerja bersama chef terkemuka di pelbagai jenis kulinari menjadikan dirinya kreatif dan sentiasa berwawasan dalam bisnes yang dikendalinya kini.
Akui Chef Alwi minat memasak turun daripada bapanya. Bapa ialah cikgu pertama buat dirinya dalam hal memasak. Selama bekerja antara pencapaiannya ialah dianugerah sebagai pekerja cemerlang dari Restoran Shook (tahun 2000 -2001), menjadi konsultan restoran di Brunei dan terlibat dalam pembukaan 15 buah restoran.
Dalam bekerja dia sentiasa memberi lebih dan berdisiplin. “Bagi mendapat resipi yang sempurna saya kena mencari chef atau yang pakar dalam bidang masing-masing.Bekerja dengan mereka adalah salah satu cara untuk mendapatkan resipi yang sempurna. Perlu selalu bertanya,”akuinya
Bisnes makanan
Chef Alwi mengusahakan restoran yang berlokasi di Wisma Central, Jalan Ampang yang menghidangkan pelbagai hidangan. Antara menunya ialah Nasi Ayam ,Ayam Kukus Berempah ,Ala carte serta sarapan pagi.
Terbaru yang diusahakan ialah pengeluaran sosej dengan jenama Alwi’s food.”Bisnes sosej bermula kerana sosej di pasaran mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak kanak. Ia mengandungi pewarna,pengawet,bahan tiruan dan perasa.
Ada beberapa variasi sosej yang dikeluarkan, dua jenis ayam dan sosej kambing pedas. Sosej kambing pedas tanpa pengawet dan pewarna serta 100 % daging kambing. Sosej kambing pedas adalah makanan yang diproses RTA (Ready To Eat). Keenakannya memberi kepuasan pedas semulajadi.
Misinya untuk mengeluarkan makanan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ia dikeluarkan bagi memudahkan mereka yang terlalu sibuk dengan karier masing-masing. Sosej kambing ini juga bertujuan bagi menambah nilai pengambilan makanan kepada kanak-kanak.Tambahan pula kambing adalah makanan Sunnah Nabi.
Memandangkan kesan pandemik ini turut memberi kesan terhadap peniaga makan sepertinya, dia tampil dengan idea untuk menjual pulut panggang. ” Tiga bulan lepas saya buat pulut panggang jual tepi Jalan Ampang dekat dengan restoran saya. Alhamdulillah boleh jual 200 ke 300 biji sehari. Saya jual nasi kukus ayam dara juga
kerana orang office area KLCC kurang sangat, semua bekerja dari rumah . Jualan street food
Konsep ONE ROASTERS KITCHEN adalah urban street food di mana makanan tradisional dimodenkan cara dengan letakkan di booth dalam food display
yang lebih kemas supaya kebersihan dan kualiti terjamin dan harga hanya RM 1.Pulut panggang ini istimewa kerana beras pulut dikukus menggunakan pengukus moden sekali kukus boleh kukus 20 kg sekaligus .Citarasa Johor membuatkan rasa inti sedikit pedas dan manis serta menggunakan udang kering gred A.
Bahan rahsia yang digunakan ialah udang kering gred A, rempah ratus seperti ketumbar dan jintan serta daun kunyit dihiris halus untuk menaikkan rasa unik pada inti pulut panggang.
MENU INSPIRASI CHEF ALWI
Sosej Kambing Pedas Panggang bersama labu bakar, bawang putih bakar dan cheese sauce
Bahan-bahan
1 biji labu
1 ulas bawang putih
Sosej kambing pedas
Minyak zaitun
Sos cheese
Lada hitam
Garam
Cara memasak:
1. Sebiji labu dibelah empat, ambil ¼ ditabur lada hitam, garam dan minyak zaitun. Dibakar dalam oven selama 1 jam.
2.Bawang putih dibakar ½ jam di dalam oven.
3.Panggang sosej kambing
4.Tabur sos cheese , siap untuk dimakan.
Portobello Mushroom bersama jem epal dan cuka anggur
Bahan-bahan:
3 biji Portobello mushroom
2 biji epal hijau
Gula dan garam secukupnya
Serbuk kayu manis
Lemon
Lada hitam
Unsalted butter
Cara memasak:
1.Kopek kulit epal kemudian potong dadu.
2.Panaskan kuali masukkan unsalted butter, epal, gula, lemon, kayu manis dan lada hitam. Panaskan sehingga lembut.
3.Buang batang tengah Portobello mushroom
4.Masukkan jem epal di tengah cendawan.
5.Panggang cendawan sehingga masak.
6.Hidangkan bersama cuka anggur.
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.